layout

Saturday, March 7, 2015

Kebaikan bersugi



Semasa di madrasah,
Saya adelah beberapa kali solat sebelah tuk guru, nama mesra yang kami panggil ialah "ummi zah"
:)

Ummi zah nie, selalu bersugi (siwak) sebelum tunai solat fardhu..

Adelah beberapa kali saya curi2 pandang dia :D

Lpas je dia hbis bersugi, cepat2 dia smpan kayu suginya..

Jadi, sahabat2... insyaAllah.. saya nak shre skit psal bersugi ni.. sunnah baginda nabiy yang sgt mudah dilakukan... :)

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa
"solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi"

"hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah".

KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT ISLAM

Al-Sharbini menyebut di dalam kitab "Mughni al-Muhtaj" bahawa siwak dapat

-membersihkan mulut,
-mendapat reda Allah,
-memutihkan gigi,
-mengelokkan ketawa,
-menguatkan tulang belakang,
-menuatkan gusi,
-melambatkan tua (uban),
-mengelokkan akhlak,
-menajamkan kebijaksanaan,
-menambah pahala,
-memudahkan nazak,
-mengingatkan syahadah ketika hampir mati.

Menurut Ibn al-Nafis, keistimewaan menggunakan siwak dari kayu al-Arak ialah jika diguna secara sederhana ia akan memutihkan gigi, menguatkan tulang, menghindar dari berlubang dan mengelokkan ketawa.

Malah Ibn al-Qayyim menambah lagi iaitu siwak, melancarkan lidah, menjernihkan otak, membuka selera dan apa yang baik ialah menggunakannya dengan air mawar.

Manfaat lain ialah membersihkan mulut, menguatkan gusi, menghilangkan kahak, menerangkan penglihatan, menyihatkan perut, memerdukan suara, membantu dalam penghadaman makanan, melancarkan percakapan, mencergaskan bacaaan zikir dan solat, menghindar mengantuk, mendapat keredaan Allah, menakjubkan malaikat, mendapat banyak kebaikan dan lain-lain lagi.

Diringkaskan, kebaikan Bersugi/ Siwak adalah:

-Membersihkan mulut.
-Mendapat keredhaan Allah.
-Tidak disukai syaitan.
-Allah dan Malaikat mengasihi orang -yang bersugi.
-Mengharumkan mulut.
-Menguatkan gusi.
-Menghapuskan Safra (Sejenis penyakit).
-Menghilangkan kahak. (Balgham)
-Menguatkan pandangan mata dan
-Menghilangkan bau busuk mulut.

Rujukan: kitab Muttasa Muttadin dan kitab Mughni al-Muhtaj.. :D

Notanoti: tuk guru saya berpesan.. setiap ibadah yang ingin kita lakukan.. sertakan dgn bersiwak.. mudahan2 setiap pahala digandakan :) nak mengaji ke, nak study ke, nak tido, nak solat n mcm2 ibadah lagi lahh.. :) dan jangan lupa.. niatkan juga tuk mengikut sunnah baginda nabiy :) sama2 kita praktikkan....

Notahati: if de salah mohon tegur :)

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment