layout

Sunday, February 15, 2015

Cerita keluarga Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.



Dua hari sebelum Arwah disahkan meninggal dunia, iaitu pada 10hb dan 11hb, doktor sudah pun memberitahu kepada ahli keluarga untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Doktor juga memberitahu bahawa tuan guru dah tidak sedar, hanya oksigen yang membantu ketika itu. Tapi yang peliknya, masuk saja waktu tahajud, almarhum terjaga dan meminta bantuan ahli keluarga untuk mengambil wuduk bagi laksanakan solat tahajud. Selesai tahajud, almarhum tidur semula dan betul-betul tidak sedarkan diri. Masuk waktu subuh, almarhum terjaga lagi dan hendak solat subuh. Kemudian tidur semula dan tidak sedarkan diri. Begitulah seterusnya pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak. Sehinggalah doktor sendiri berasa kehairanan akan tingkah laku almarhum. Walhal ketika itu dirinya sangat lemah, dan disahkan sudah tidak sedarkan diri lagi kerana kanser itu telah merebak ke bahagian otak. Ajaibnya almarhum, tiap kali masuk waktu solat, matanya akan terbuka dan ketika itu bibirnya tidak berhenti berzikir. Semasa hayat almarhum, beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Walaupun keadaan dirinya tidak sihat, hatta terdapat wayar dan hos yang disambungkan ke badannya, almarhum tetap menjaga tahajud.


Maha suci Allah
Al-Fatihah