layout

Sunday, April 20, 2014

Saya cemburu dengan awak………..

Kita masih kawan kan,??

Suatu hari A sedang berbual-bual dengan B dibawah rendang pohon yang redup…

A: Mesti seronok kan dapat jadi awak?

B: Kenapa pulak? (sambil membetulkan tudung labuhnya yang sedikit ditiup angin)

A: Sebab awak adalah awak dan saya jealous dengan awak.

B: Boleh saya tahu sebabnya?

A: Sebab awak baik semacam…kalau solat awak khusyuk, solat sunat pulak selalu awak lazimi.. baca Al-Quran awak fasih..siang awak nampak gembira, bergelak ketawa, tapi malam saya selalu nampak awak menangis di tikar sejadah. Awak cantik, tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je..lembut, penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape-apa, mesti awak jaga niat..awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang. Mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah, Alhamdulillah, masyaALLAH, insyaALLAH’…semualah.. sunnah rasulullah semua awak buat,satu pun takde yang awak tinggal.. saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak..mesti rasulullah rindu awak..(berwajah sedih)

B: Ooo..macam tu. Kalau macam tu, sayalah orang yang akan lebih jealous dengan awak..

A: Kenapa??( wajah itu terus berubah penuh tanda tanya)

B: Sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul-BETUL grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap-gagap, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH, tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH. Saya lagi JEALOUS dari awak..sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya. Rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul-betul SAYA JEALOUS DENGAN AWAK…

"I don’t care what you are doing, but I respect who you are. You know why? Because maybe who you are tomorrow will be better than who I am today.."

Sunday, April 6, 2014

Kerana Kau SAHABAT ku



Diriwayatkan bahawa, apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya kepada Allah mengenai sahabat-sahabat mereka, "Ya Rabb, kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." Maka Allah berfirman, "Pergilah kamu ke neraka lalu keluarkanlah sahabat-sahabat kamu yang dihatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (HR Ibnul Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)
Hasan Al-Basri juga pernah berkata, "Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari akhirat nanti."
Ibnu Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, "Jika kalian tidak menemukan aku di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanyakan kepada Allah tentangku."
Moga selama persahabatan ini, aku pernah mengingatkan kamu kepada Allah. Sahabat-sahabatku, jangan lupa bertanya tentangku nanti, jika aku tiada di syurga

Hati2 dengan HATI

Kisah 2 orang sahabat A dan B.

A: assalamu'alaikum. Tengah buat ape? Mcm seronok jer bchatting..

B: wa'alaikumsalam. Ha'ah.. Tengah bchatting dgn seorg muslimin nih. Dia baik sgt. Sllu bg smgt.

A: owh, yeke. Hati2,takut tjatuh hati. Nti ssh nk jaga hati.

B: xpe, kami kwan jer pn..

Smggu slpas tuh.

B jumpe A:
B: awak, saya dh jatuh cinta kat dia. Sy suka dia. Dia baik. Status islamik. Sy sllu bygkan dia jd "imam"sy.. Sy sllu mmpikan dia. Mcmna nih awk? Sy ingt sy biasa2 jer dgn dia. Xsgka plak smpai mcmnih. Dia ajak sy kapel scara "islamik" dgn dia.

A: astaghfirullah.. Awak, xde istilah kapel islamik ok.. Sbb tuh dr awal lg sy dh nasihatkan awk.. Sebab manusia mmg ssh nk jaga hati.

B: :'(


P/s: Allah dh ingat dlm al-quran. Sbb Allah lebih tahu akan hambaNya.. 17:32..

notanoti: kdg2.....nmpk biasa....tp,, sbnrnya wjud 1 prasaan yg sukar dikawal dlm hati tu...maka,, berhati2 la....

Wednesday, April 2, 2014

Bersyukur


Flashback kenangan lalu...

Nur: huh.. bnyknye asignmnt hari ni..letihlaa..

Pang!

Nur: awk.. ape nie, tetba je tampor sya.. akit taw.. iskk..

Nurul: haha.. padan muka.. reti nak mengeluh ja..

Petang masa riadah...

Nur: alahai bola, awat hang melambung jauh sangat.. letihlaa.. ishh..

Pang!

Nurul: sakit x kene tampor ? Hehe.. jangan mengeluh sayang..

Nur: hadoiii... bhya tul la awk niee.. skit2 keje nak tampor je nii..

Masa wat asngmnt..

Nur: nape payah sangat nii? Xde ke soalan yang senang? Huh!

pang!

Nur: awak... taw x hri da 3 kli awk tampor sya.. awk niee..grrr.. geramnye syaa.. sbaik awk nie sahabat sya.. klau x.. Allah.. sabor jeleh..

Nurul: hmm.. awak nie.. x letih ke asyik mengeluh ja, merungut? X penat? Sya penat dengar tu yg sya tampor awk.. ingtkan nak serik.. rupanya x.. hehe.. tu yg jdi bnyk kali tampor tu.. sahabatku syg.. x baik taw asyik mengeluh je.. Allah x suka taw.. sabar.. sesungguhnya Allah bersama orang yg sabar.. kan?
Nur: emm... malu laa..

Nurul: hehe.. alahaii.. malu ke? Xyah nak malu sangat dgn sya ea.. emm.. sakit x kene tampor? Meh sni sya tgok tgn awk.. elehh.. skit je nii.. awk kn kuat!

Nur: hehe.. sakit la jugakk.. tq awk.. skitnya sya kene tampor dgn awk nie lbh baik dri skitnya sya di sambar api neraka sbbkn suka mengeluh.. Allahu.. bnyknye dosa lidah sya.. tq awk..

Nurul: ^_^

Notanoti: tampor di tangan je taw.. bukan di pipi..

Notatangan: semoga bermanfaat buat pembaca.. nasihat nie khas tuk dri sndri n khusus tuk sahabat2..

Lobak merah, telur dan Biji kopi




Jamil datang ke rumah Ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.



“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,
” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Wahai anakku,
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana engkau harus menghadapinya?

Adakah kamu seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan sedikit ujian dan kesusahan, kamu bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan?

Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran kamu nampak tidak berubah, akan tetapi hati kamu dah bertukar menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur.



Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih, kamu mampu mengubah keadaan situasi kamu sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah kamu, wahai anak kesayanganku?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling kepada situasi positif.

Waktu yang paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

#Semoga hari ni, lebih baik dari semalam...

UJIAN DUNIA SEMATA

Perhatian!

Perbentangan viva Kumpulan KTM.
Tempat di P1-1
Tarikh 1/4/2014
waktu 9.00 - 9.30 pagi...

Hakikatnya aku kecut apabila di soal oleh pensyarah penilai. Ini di dunia.. dimana aku masih lagi bernafas. Dimana aku masih lagi boleh perbaiki segala kesilapan dan kelemahan.

Andainya.. aku disoal oleh malaikat mungkar dan nakir di dalam kubur.. dimana dalam keadaan tubuhku terbjur kaku. Tubuh yang tiada nyawa. Dimana aku tidak lagi berpeluang untuk perbaiki sgla kelemahan dan ksilapan.

Allahu... sungguh setiap perkara yang dilalui pasti ade hikmahnya.. setiap perkra yang ditempuhi ada ibrahnya..
Aku pasti, suatu hari nanti aku akan mati.
Ya, aku yakin.
Tp, aku takut dengan amalanku yang sedikit ini.
Mampukah aku menjawab soalan malaikat Allah...

#Semoga kita semua antara jiwa yg selalu bertaubat pd Allah..
#kita masih brnyawa.. jadi.. jgn lepas peluang tuk trus mencari redha Allah...
#Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yg rugi...

Notanoti: alhamdulillah.. presentation final project dah settle.. now, focus on final exam! Allahuakbar!!

Saturday, January 11, 2014

akhirnya aku BERUBAH kerana-Mu


ada seorang sahabat...

kisah dia berubah memang sangat hebat...
Allah beri ujian yang sangat kuat padanya...
memang,,asalnya dia kata...

''wahai Allah,aku xmampu."
"wahai Allah, aku x kuat"

sahabat2.... nak taw x? Allah menguji keikhlasan hati dia semasa dia ingin berubah. Ya,dia berubah menjadi orang yang sangat hebat, penuh ilmu di dada, gagah berhujah dengan dalil2 Al-Quran dan As-Sunnah..

tp,sayangnya...ilmu yang banyak,berubahan itu tidak diniatkan kerana Allah... lakukan hanya kerana ingin disanjungi, ingin di puji, ingin dilihat oleh MANUSIA semata..

Allahu Rabbi..... T_T

pada satu ketika,dia di kecewakan oleh seorang manusia..mnusia yg awalnya bantu perubahannya, mnusia yang bnyk memberi semangat padanya, oleh sebab dia kecewa dengan seorang manusia itu, dia turut berputus asa dengan Allah....

selama beberapa bulan hidupnya tnpa rasa bertuhan.. syariat yg wajib terus diabaikan..

tiba2, Allah hantar seorang insan kepadanya untuk membantu... kehadiran benar2 memberi kesedaran padanya..

kata insan tersebut, "berubah,bertaubatlah hanya kerana niat kerana Allah"

sungguh, rasa tertampar dengan ayat tu..

dia kembali bermunajat pada Allah...mohon hati yang kuat untuk lakukan perubahan semata2 kerana Allah..

malamnya dihabiskan dengan beribadat pada Allah..

tibalah satu masa,,di on facebook... dia ingin tulis status...

selesai tulis status...seperti biasa, rmai yang like.. dalam hatinya berbisik "nak ramai lagi,rmai lagi yg like"

Allahu....sungguh dia benar2 sedang diuji...

Alah yang Maha Pemurah,memberinya ilham...bagaimana ingin ikhlas...
memang,bunyinya seperti budak2 tapi, dia lakukan dengan bersungguh2..alhamdulillah...hasilnya sangat luar biasa...

sahabat2 nak taw ape yang dia buat?
Setiap segala perbuatan yang dia lakukan…dia akan lafaz “aku buat kerana Allah”. Ya, "aku buat kerana Allah"…di semua tempat, di buku tulisnya… habis 2 or 3 buku dia tulis, di biliknya, dia tmpal kertas besar, aku buat kerana Allah, wallpaper hp n laptop pon ada.. “aku buat kerana Allah”. Masa nak solat,nak makan, nak study, pakai baju,tido, bangun tido, semuanya dia akan lafazkan supaya telinganya boleh mendengar suara yng dikeluarkan. “aku buat kerana Allah”
Hampir semua perkara dia lafazkan niat tersebut…sehinggalah dia benar2 jadi seorang yang sperti yang diniatkan… sehinggalah amalan yang dia lakukan bukan lagi kerana manusia..

Allahu…..segalanya dengan pertolongan Allah jua…

notanoti: sesuatu perubahan itu tidak akan KEKAL, sekiranya diniatkan kepada manusia yang jua tidak KEKAL

Yakinlah pertolongan Allah berada dimana2 sahaja….
Yakinlah Allah itu sangat Berkuasa atas segala sesuatu….