layout

Tuesday, March 10, 2015

notanoti facebook


Pernah x.
Tetiba.
Rasa macam kosong je.
Bosan je.
On9 fb yg sblm ni seronok.
Rasa x best.
On9 twtter yg dlunye syok..
Jadi sunyiii...
Walaupun hp asyik bunyi je..
Wassap asyik masuk je.
Tapi, hati tetap rasa kosong...
Tetap rasa bosan..
Tetap rasa sunyi...
Nak borak ngn kawan pon mcm xde mood je..
Nak buat status pon xde idea da..
Nk tgok movie pon..
Hmm.. boring daa...
Nak layan lagu pon.. smua lagu dah hafal...
nk tgok tv pon, xde cter best...


Pernah x? Rasa camtu?

Itu tnda rohani awk da kelaparan.
itu tnda rohani awk da sakit...
Itu tnda hati awk rindu Allah...
Itu tnda awk dah lama x baca ayat2 cinta Allah....

Cuba, msa awk rasa kosong tu.. awk buka al-quran baca.... baca terjemahan sekali...

Masa tu... awk akn rasa hati awk terisi... rasa sunyi bertukar syok.. dan, tika tu... awk pasti akn nangis..
Sebab banyak kali Allah panggil awk... tp, awk x peduli.. awk terlalu syok dengan dunia.. awk akn ngis kenangkan smua tu...

Notanoti: kalau de sesape yg ade simptom2 di atas niii... g la amik wuduk, ca al-quran.. kalau x pndai baca.. bukak al-quran bca terjemahan.. kalau xde quran terjemahan... bukak al-quran bca al-fatihah n ayat2 lazim... :') klau x pndai smua... tolong jgn rasa selesa n selamat... pegi belajar sekarang!

coretan dhoiful insan



Suatu saat nanti, suatu saat yang pasti. 


Tangan yang ku genggam erat,
terpaksa ku lepaskan. 


Bahu yang seringkali ku pinjamkan,
terpaksa ku lepaskan. 


Pelukan erat yang menenangkan,
terpaksa ku leraikan. 


Langkah yang sentiasa menemani,
terpaksa ku tamatkan. 


Senyum tangis yang meniti perjalanan,
terpaksa ku hentikan.


Kerana suatu masa nanti,
aku juga bakal dipanggil Tuhan.


Namun, sahabat...


Selagi masih diizinkan,
Kalian tetap dekat di hati,


Hingga kita bertemu semula,
Di akhirat nanti..




*hujan*

coretan hamba hina 3


Ohh....

Bukan pada laki saja.
Perempuan juga.

Okey? 

Hati kosong?
bosan?
hdup xde mkna?
rasa nak peneman?

al-quran kan ade..
Baca la.. fahami la..
Internat ada? Buka la ceramah ustaz/ustazah..
Atau pon.. tengok la vid tarbiyah..
Boleh solat? Rajin2 la dekatkan diri pada Allah..
Bersahabatlah dengan mereka yang soleh n solehah.

Mesti xde istilah bosan dalam hidup.

Xcaye?
cuba,try,test........

#Erti mudah.. sila bz kan diri dengan perkara yg menambah iman.

coretan hamba hina 2

Pelajar-pelajar U kalau masa dalam kampus tak didedahkan dengan jemaah Islam,
Tak join Persatuan Mahasiswa Islam,
Tak amek port tentang kuliah-kuliah ilmu, majlis-majlis ilmu,
Tak rajin nak pi masjid,

Confirm keluar U tak kan kenal jemaah Islam,
Tak kan kenal kuliah-kuliah ilmu,
Tak kesah kalau seminggu tak pi majlis ilmu.

Yang tau, hujung minggu shopping complex,
Yang tau hujung minggu membuta sampai tengahari/petang,
Yang tau hujung minggu lepak tengok wayang,

Sebab tu bila dah kawin,
yang jadi suami, bila isteri tanya tentang masalah haid, masalah aurat tentang ipar duai, masalah hukum hakam,
suami boleh kata,

"Tah la abg lupa lah, nanti abg tanya ust."
Bila tunggu2, seminggu, sebulan dah berlalu tak tanya pun ust sbb nape?
Sebab malu...
Sebab nape?
Sebab tak de kenalan rapat yang ust malah tak kenal pun ust kawasan kediaman sendiri..

Yang si isteri pulak,
bila suami malas pi masjid, quran tak bukak, sembahyang lompang, kuar jalan-jalan pakai suar jeans parat lutut, isteri tak penah nak tegur.
Malah isteri cakap dalam hati,

"Hensem juga laki aku ni, badan pun sado, bangga aku dapat laki camni."
Ada sesetengah keluarga dapat tarbiah daripada kecik,
Ada sesetengah keluarga dapat tarbiah bila dah dewasa,
Kalau dulu pi sekolah balik sekolah naik motor dengan jantan,
Bila dah masuk U, berubah penampilan, pemakaian malah lebih arif bab agama daripada orang yang ditarbiah sejak kecik.

Kalau dulu tak kenal couple tu haram,
Yang kenal couple islamik je.
Bila dah sampai U, dapat kawan baik2, dapat tarbiah, join usrah,
Baru kenal, rupa-rupanya couple tu haram.
Kalau nak kawin masuk baitul muslim.

Alhamdulillah, kebanyakan kawan-kawan yang ada semua nya bukan dapat tarbiah dari kecik, tapi bila masuk U,
totally berubah.

Sebab ?
Sebab kat U rajin nak pi majlis ilmu, rajin nak join usrah,
Dapat kawan baik-baik.
Bukan nak kata,

"Kenapa budak-budak islamik2 ni macam pandang selek je kami2 yang sosial ni, macam pandang sebelah mata je, sebab tu kami tak tergerak hati nak join. Yela kami ni siapa. Free hair, baju tak longgar, tudung tak labuh.."

Diaorang ni sebenarnya mengalu2kan ja korang untuk join, tapi korang yang rasa macamtu..
Padahal diowg tak skeptik pun macam yg korang sangka.
Korang yg tak nak cuba,
Awal2 korang dah judge macamtu.

Orang nak dekat dengan Islam ni memang banyak cabaran,
Syaitan timbul kan perasaan tu dalam hati korang,
Sebab tu korang rasa macamtu.
Kalau korang lawan, korang memang power.
Result nya pun power.
Tak percaya try la..

Sebab tu bila keluar U, mereka-mereka yang dh ditarbiah ni tak da masalah, mereka akan pandai sendiri cari majlis ilmu, pandai sendiri cari usrah di kawasan kediaman,
Mereka kenal kalau jalan para nabi macam ne,
kalau jalan orang yang dilalaikan dengan dunia macamna.

Akhir sekali,
Zaman di universiti adalah zaman yang banyak mentarbiah aku mengenal jalan dakwah dan majlis ilmu.
Orang nak kata kita golongan lebai-lebai ke, pak pak sheikh ke, ustaz-ustaz mee segera ke, ustzah ka lantak lah.
Orang yang bawak agama memang selalu akan dipandang asing.
Tapi Nabi saw ada sebut dalam hadith Riwayat Imam Bukhari,

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".



KAU.

kau.
kau ada makayah.
kau ada rumah.
kau pergi sekolah.
kau ada hp. siap dengan fb bagai2 la.
kau boleh kuar.
nak duit. minta je...
kau ada kawan2..
kau boleh makan sedap.
tempat tido kau pon empuk.
apa lagi yang kau nak?
semuanya pon kau ada....
apa lagi yang kau x puas hati?
semuanya lengkap...
pernah kau bayang,
orang lain yang duduk bawah jambatan.
orang lain yang hanya makan sisa2..
orang lain yang xpergi sekolah pon..
makayah pon xde..
tapi.. dorang hidup je... 
dorang hidup dengan apa yg dorang ada...
pernah kau fikir... kalau kau ditempat mereka? 
kau nak salahkan Allah? 
nak salahkan takdir?
ohh. kejam.. hidup aku miskin! orang lain kaya. ni x adil!!
kau nak marah2 begitu??
Allah kasi otak dan akal pd manusia nak suruh pk.
bukannya jadi bengap, sayangkan otak smpai xmo pk... 
Allah Maha Adil. 
Dia tahu yang terbaik untuk kita...
serah semuanya pada Allah..
yakin dengan janji Allah...
sabar. oke? 
Allah sayang kau.






Tinggal dia demi Dia

Nota surat ini adalah daripada si fulan ini.

Saya REpost semula.

Kalau Anda Lelaki Jangan Baca. Nanti menyesal.

Perempuan boleh.
Assalamualaikum,
saya minta maaf.
dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni,
itu mungkin cerita awak sebagai perempuan,
tapi percayalah,
tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat
maksiat.
sejak dari sekolah,
saya memang pelik, kenapa orang kata
mendekati zina itu haram,
bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..
tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira
baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu
tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak
ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.
tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki
dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor
dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,
sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni
takde,
adui, camne nak jaga iman ni?
tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan
zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka
saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani
tunjuk2 'hint',
mula-mula just nak kawan, sms nak share
masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti
dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang
perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~
lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut
mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger
burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.
mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya
ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang
suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?
satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je...
yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'
saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa...
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak.
dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu
minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.
err.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?
'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya
nanti!'
Hati saya marah.
'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.
entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,
tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?'
saya dan dia dah ter'couple',
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.
please, sama-sama jaga diri...
satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.
terpukul.



terpana.
terasa.
semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?
Astaghfirullah.
kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?
saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
...ikut nafsu.
sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.
saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.
saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,

saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.
saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!
banyaknya dosa saya.


Allah,
Allah,
Allah.
saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.

bila dah tenang sikit,
saya 'text' dia,





'Awak, this is not the right way. This is not the
way that Allah bless. I let you go, and please let
me go. I dont want to bring you to Jahannam,
instead I'll pray for you to get the light from
Allah. May Allah bless you and me...'


dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.
saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.

sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati
dia.

saya tak nak berpaling lagi.


dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan
lelaki,
����
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.
jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang
teristimewa, kelak.

������
dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.
doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam
redhaNya.



coretan hamba hina 1



Hadis menyebutkan larangan tidak bertegur sapa melebihi tiga hari. Hikmahnya ialah manusia memang tidak dapat lari daripada marah dan bersifat yang tidak elok. Diberikan tiga hari sebagai keringanan supaya dapat dihilangkan rasa marah itu.


1. Hari pertama untuk menghilangkan kemarahan.

2. Hari kedua untuk muhasabah diri.

3. Hari ketiga untuk memohon keampunan.


Jika lebih tiga hari maka ia telah memutuskan silaturahim. Cara memohon kemaafan mengikut jumhur ulama ialah dengan mengucapkan salam. Ada yang bertanya dengan saya 2 minggu lepas ketika saya memberi ceramah motivasi di sebuah masjid. "Kak kalau kita lost contact dengan sahabat kita, hingga tak bertegur sapa melebihi 3 hari putus silaturahim ke? "


Maka jawapannya adalah tidak.

Maksud hadis tersebut ialah apabila dua orang saudara islam saling bergaduh, bertengkar, kesalafahaman dan sebagainya. Ada juga yang bertanya, " Kalau saya tinggalkan boyfriend saya dan tak tegur dia lebih 3 hari putus silaturahim ke kak.? "


Sambil senyum saya jawab

" Itu bukan putus silaturahim. Tetapi itu putuskan hubungan yang haram. Insya Allah, Allah semakin sayang dan cinta. "


Wallahualam.