layout

Tuesday, March 10, 2015

coretan hamba hina 2

Pelajar-pelajar U kalau masa dalam kampus tak didedahkan dengan jemaah Islam,
Tak join Persatuan Mahasiswa Islam,
Tak amek port tentang kuliah-kuliah ilmu, majlis-majlis ilmu,
Tak rajin nak pi masjid,

Confirm keluar U tak kan kenal jemaah Islam,
Tak kan kenal kuliah-kuliah ilmu,
Tak kesah kalau seminggu tak pi majlis ilmu.

Yang tau, hujung minggu shopping complex,
Yang tau hujung minggu membuta sampai tengahari/petang,
Yang tau hujung minggu lepak tengok wayang,

Sebab tu bila dah kawin,
yang jadi suami, bila isteri tanya tentang masalah haid, masalah aurat tentang ipar duai, masalah hukum hakam,
suami boleh kata,

"Tah la abg lupa lah, nanti abg tanya ust."
Bila tunggu2, seminggu, sebulan dah berlalu tak tanya pun ust sbb nape?
Sebab malu...
Sebab nape?
Sebab tak de kenalan rapat yang ust malah tak kenal pun ust kawasan kediaman sendiri..

Yang si isteri pulak,
bila suami malas pi masjid, quran tak bukak, sembahyang lompang, kuar jalan-jalan pakai suar jeans parat lutut, isteri tak penah nak tegur.
Malah isteri cakap dalam hati,

"Hensem juga laki aku ni, badan pun sado, bangga aku dapat laki camni."
Ada sesetengah keluarga dapat tarbiah daripada kecik,
Ada sesetengah keluarga dapat tarbiah bila dah dewasa,
Kalau dulu pi sekolah balik sekolah naik motor dengan jantan,
Bila dah masuk U, berubah penampilan, pemakaian malah lebih arif bab agama daripada orang yang ditarbiah sejak kecik.

Kalau dulu tak kenal couple tu haram,
Yang kenal couple islamik je.
Bila dah sampai U, dapat kawan baik2, dapat tarbiah, join usrah,
Baru kenal, rupa-rupanya couple tu haram.
Kalau nak kawin masuk baitul muslim.

Alhamdulillah, kebanyakan kawan-kawan yang ada semua nya bukan dapat tarbiah dari kecik, tapi bila masuk U,
totally berubah.

Sebab ?
Sebab kat U rajin nak pi majlis ilmu, rajin nak join usrah,
Dapat kawan baik-baik.
Bukan nak kata,

"Kenapa budak-budak islamik2 ni macam pandang selek je kami2 yang sosial ni, macam pandang sebelah mata je, sebab tu kami tak tergerak hati nak join. Yela kami ni siapa. Free hair, baju tak longgar, tudung tak labuh.."

Diaorang ni sebenarnya mengalu2kan ja korang untuk join, tapi korang yang rasa macamtu..
Padahal diowg tak skeptik pun macam yg korang sangka.
Korang yg tak nak cuba,
Awal2 korang dah judge macamtu.

Orang nak dekat dengan Islam ni memang banyak cabaran,
Syaitan timbul kan perasaan tu dalam hati korang,
Sebab tu korang rasa macamtu.
Kalau korang lawan, korang memang power.
Result nya pun power.
Tak percaya try la..

Sebab tu bila keluar U, mereka-mereka yang dh ditarbiah ni tak da masalah, mereka akan pandai sendiri cari majlis ilmu, pandai sendiri cari usrah di kawasan kediaman,
Mereka kenal kalau jalan para nabi macam ne,
kalau jalan orang yang dilalaikan dengan dunia macamna.

Akhir sekali,
Zaman di universiti adalah zaman yang banyak mentarbiah aku mengenal jalan dakwah dan majlis ilmu.
Orang nak kata kita golongan lebai-lebai ke, pak pak sheikh ke, ustaz-ustaz mee segera ke, ustzah ka lantak lah.
Orang yang bawak agama memang selalu akan dipandang asing.
Tapi Nabi saw ada sebut dalam hadith Riwayat Imam Bukhari,

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".



No comments:

Post a Comment