layout

Tuesday, March 10, 2015

10 PERKARA MENYEBABKAN DOA TIDAK TERKABUL

1) Mengetahui makrifat Allah swt tetapi tidak memenuhi hak-hakNya



2) Membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan apa yang ditunjuk olehnya



3) Mengakui mencintai RasululLah saw tetapi meninggalkan sunnah baginda



4) Mengakui syaitan itu musuh tetapi mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya



5) Mengaku mahu masuk syurga tetapi tidak mengamalkan perbuatan untuk mendapatkannya



6) Mengaku mahu terselamat dari neraka jahannam tetapi membuat semua kerja yang akan menceburkan diri ke dalamnya



7) Mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi tidak mempersiapkan diri menghadapinya



8) Sentisa mencari kecelaan diri orang lain tetapi tidak cuba mencari kecelaan diri sendiri



9) Telah merasai nikmat pemberian Allah swt tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya



10) Telah menguburkan orang-orang yang telah mati tetapi tidak mahu mengambil iktibar daripadanya

10 Tanda Bakal Menerima Ujian.

..........................

1. Malas solat. Bertangguh. Lewa. Speeding waktu solat.


2. Baca Al-Quran sekali dua sebulan.

3. Zikir dalam rukuk dan sujud saja. Di luar solat, mengumpat mengata.

4. Yang benar, awak kata salah. Yang salah, awak kata benar. Boleh tengok di facebook, ramai bercakaran untuk menegakkan 'kebenaran' masing-masing.

5. Rasa tak suka menziarahi tempat kematian. "Eh, bukan sedara-mara aku pun yang mati. Kirim salam sajalah."

6. Lebih suka berbicara soal hati. Bicara ilmu jarang sekali. Lebih banyak menghabiskan waktunya melayan perasaan sendiri.

7. Malas nak ambil tahu hal yang berlaku di sekeliling terutamanya yang melibatkan isu ummah. Lebih suka buat hal sendiri.

8. Merasa sangat senang lenang sampai rasa lapang sangat boring tak tahu nak buat apa. Rasa senang sangat nak melepak-lepak, enjoy sana-sini, tengok wayang every single week. But, masjid tak pula lapang nak singgah?

9. Melawan kata orang tua. Tak melawan dengan kata-kata, tapi melawan dengan masuk bilik and kunci. Melawan dengan muka masam. Melawan dengan ignoring mereka buat macam mereka tak wujud.

10. Terlalu banyak menasihati, tapi diri sendiri tak ada perubahan. Setiap nasihat akan diuji. Setiap kata-kata dan status akan sampai dugaannya kepada diri sendiri.

Sunday, March 8, 2015

aiffah dhabit binti mohammad dimyati

ehem.. ehem....

lama rasanya aku biarkan blog ni bersawang....
semalam, berborak dengan sorang sahabat,

''kak, aku da jumpa blog ko"
"haa? ko jumpa mana?"
"aku cari laa.."
"ko stalker aku ea? haha.. blog tu da berhabuk da, lama x update...."

tetiba..... aku rasa macam nak update blog hari ni... smua asbab sahabat aku tegur semalam.. hihi..

-------------------------------------,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,-----------------------------------------

korang.....
pernah x rasa kehilangan seseorang?
mesti pernah kan....
aku pon,
baru2 ni 2 minggu lepas salah sorang sahabat merangkap junior aku di politeknik shah alam meninggal.
setelah penderitaan yang di tanggung, pengakhirannya adalah kematian.
aku yakin, Allah sangat cintakan dia...
Allah tarik nyawa dia pada hari khamis petang...
bagi aku, itu adalah hari yang baik.. :)

aku dengan dia sebenarnya xdelah rapat mana...
cuma aku dengan dia, pernah cooperate dalam laksanakan amanah...

aku dengan dia.... cuma ada satu kenangan manis....
masa jamuan akhir.. bebudak ni buat jamuan perpisahan tuk kami yang bakal tamat pengajian...

ada satu part tu, smua junior kene bagi bunga ros merah pada senior... dan dia adalah manusia terpilih beri bunga ros tu pada aku... pada fikiran aku.. oh, kuat betui jodoh aku dengan dia. bertugas atas lajnah yang sama, nama aku terpilih tuk diberi bunga oleh dia.. haha.. poyo x? :P

dan kini... dia sudah tiada...

hmm.. sedih bila fikirkan kenangan tu... cebisan kenangan yang xkan aku lupakan.. insyaAllah

2 minggu lepas, aku asyik teringatkan dia. serius x tipu.. hati aku sokmo terdetik nak tahu khabar dia.
aku x cntct pon kawan2.. sebab aku x tahu bagaimana nak cntct mereka. dengan keadaan aku yang tidak mengizinkan menghubungi mereka... hmm, so sad...

aku dapat tahu berita kematian dia masa aku otw nak balik kl.....
terkejut.. perlahan2 air mata aku mengalir...

aiffah dhabit binti mohammad dimyati. semoga kita bertemu di syurga. semoga antara kita sering memberi syafaat :)

korang yang da baca, tolong la sedekahkan al-fatihah buat arwah ye <3


Namun kini... 
Hanyalah tinggal kenangan...
Pertemuan kita di laman perpisahan...
Kemesraan bermegah di akhir pengenalan....
Sayup menitiskan air mataku.... 

Saturday, March 7, 2015



..TARIKLAH SAHABAT-SAHABATMU KE SYURGA, BUKANNYA KE NERAKA..

Mohon berlapang dada ye semua..huh..(tarik nafas, hembus)

Bismillahirrahmaanirrahiim..

USRAH :
Kesian pada diri sendiri kalau tak mampu mengajak secara depan depan.
Kata nak bantu umat tapi tak pernah berani tegur. Kasihan diri sendiri la.
(Tamparan buat diri sendiri)
Maaf , buat sahabat sahabat yang paling saya sayang kerana Allah..
-Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau awak lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan. Panas? Takpe panas sikit di dunia, asalkan tak panas di SANA..
-Kaki pun aurat tau. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox ke plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.
-Tudung tu..Tak kisah awak nak pakai jenis yang macam mana pun..Hana Tajima ke, shawl ke, pashmina or bawal ke..it's up to you..Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya awak labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan saya tau..

-Baju/kain/seluar tu..Saya tau awak masih muda, nak bergaya, ikut fesyen..saya pun perempuan..Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya..Tak ketat, tak jarang, tak singkat..Islam tak larang awak nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan..Awak lagi nampak cantik kalau berpakaian tutup aurat dengan sempurna. Sungguh.. Saya tak tipu..
Tadi saya dengar radio IKIM.fm. Slot tu pasal seorang muallaf yang baru masuk Islam. Tapi dia tak bagitau pun keluarga dia sedangkan dah hampir dua tahun dia bergelar Muslim.

Yang buatkan saya terharu sangat, dia sangat berusaha untuk tutup aurat dengan sempurna, faham agama Islam dengan baik agar dia dapat terangkan kepada keluarganya yang amat benci Islam. Allahu..baru masuk Islam kot? Kita??

Dan awak tahu tak apa dia kata? Dia kata, pada awalnya, dia pandang Islam ni teruk sangat sebab dia tengok kepada umat Islam, bukannya kepada ajaran Islam. AllahuRobbi..Kita dah jadi fitnah kepada agama kita sendiri..

Tapi selepas dia kaji pasal Islam, barulah dia nampak keindahan Islam tu sendiri.
Dan waktu last slot dia dalam radio tu, dia ada sampaikan pesanan supaya umat Islam tu tunjukkan Islam yang sebenar kepada yang belum Islam.

Nampak tak? Kalau kita pun tak ada bezanya dengan yang not-yet-Muslims dari segi akhlak, pakaian dan sebagainya, then should we call us as Muslims??

Maha Suci Allah..
Beruntungnya kita sebab lahir-lahir je dah Islam.
Ada mereka kat luar sana kena redah bermacam-macam ujian dan tribulasi sebelum dapat rasa nikmat Islam tu..

Takkan kita tak boleh jadi hamba yang sebenar-benar dengan nikmat Iman dan Islam yang dah diberikan kepada kita sejak dulu lagi??

Tepuk dada, tanya iman.

Awak, Islam, tudung labuh, jubah, pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti atau aliran agama sahaja.

TAK. TIDAK SAMA SEKALI.

Islam tu untuk SEMUA.
Bukannya exclusive untuk golongan tertentu sahaja.
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita. Biarlah orang lain tak malu dedahkan aurat, tapi biarlah kita rasa izzah (bangga) dengan Islam yang kita bawa.
Biar kita bangga dengan pakaian Islam kita.

Saya tulis ni bukan sebab saya dah baik ke apa. Tak. Saya pun masih terkapai-kapai mencari cahaya-Nya. Saya hanyalah hamba marhaen.
Iman kadang naik, kadang turun.
Dah namanya manusia..
Masih berusaha memperbaiki diri.

Sekadar menyampaikan.
Nanti bila saya disoal di hari akhirat kelak. Sekurang- kurangnya , awak semua dah tengok post ni.
Saya sampaikan.

'Ya Allah, persaksikanlah..telah aku sampaikan.'

Bukan kata nak lepas seorang diri.
Tapi sebab nak lepas beramai- ramailah saya post benda ni. Maaf.
Kalau awak terasa.
Tapi saya takut kalau awak tarik saya nanti.
Saya ni dahlah pahala sikit je.
Saya taknak masuk neraka.
Seksa.
Saya nak masuk syurga.
Saya sayangkan awak...
Jom sama-sama kita masuk syurga..

Jangan lihat kepada siapa yang menyampaikan, tapi lihat kepada apa yang disampaikan..

Semoga Allah redha dan bagi hidayah kepada kita semua..

Kerana mati itu pasti, jangan remehkannya untuk sesuatu yang belum pasti....

Wallahua'lam..

..InniAkhafullah..


Kebaikan bersugi



Semasa di madrasah,
Saya adelah beberapa kali solat sebelah tuk guru, nama mesra yang kami panggil ialah "ummi zah"
:)

Ummi zah nie, selalu bersugi (siwak) sebelum tunai solat fardhu..

Adelah beberapa kali saya curi2 pandang dia :D

Lpas je dia hbis bersugi, cepat2 dia smpan kayu suginya..

Jadi, sahabat2... insyaAllah.. saya nak shre skit psal bersugi ni.. sunnah baginda nabiy yang sgt mudah dilakukan... :)

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa
"solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi"

"hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah".

KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT ISLAM

Al-Sharbini menyebut di dalam kitab "Mughni al-Muhtaj" bahawa siwak dapat

-membersihkan mulut,
-mendapat reda Allah,
-memutihkan gigi,
-mengelokkan ketawa,
-menguatkan tulang belakang,
-menuatkan gusi,
-melambatkan tua (uban),
-mengelokkan akhlak,
-menajamkan kebijaksanaan,
-menambah pahala,
-memudahkan nazak,
-mengingatkan syahadah ketika hampir mati.

Menurut Ibn al-Nafis, keistimewaan menggunakan siwak dari kayu al-Arak ialah jika diguna secara sederhana ia akan memutihkan gigi, menguatkan tulang, menghindar dari berlubang dan mengelokkan ketawa.

Malah Ibn al-Qayyim menambah lagi iaitu siwak, melancarkan lidah, menjernihkan otak, membuka selera dan apa yang baik ialah menggunakannya dengan air mawar.

Manfaat lain ialah membersihkan mulut, menguatkan gusi, menghilangkan kahak, menerangkan penglihatan, menyihatkan perut, memerdukan suara, membantu dalam penghadaman makanan, melancarkan percakapan, mencergaskan bacaaan zikir dan solat, menghindar mengantuk, mendapat keredaan Allah, menakjubkan malaikat, mendapat banyak kebaikan dan lain-lain lagi.

Diringkaskan, kebaikan Bersugi/ Siwak adalah:

-Membersihkan mulut.
-Mendapat keredhaan Allah.
-Tidak disukai syaitan.
-Allah dan Malaikat mengasihi orang -yang bersugi.
-Mengharumkan mulut.
-Menguatkan gusi.
-Menghapuskan Safra (Sejenis penyakit).
-Menghilangkan kahak. (Balgham)
-Menguatkan pandangan mata dan
-Menghilangkan bau busuk mulut.

Rujukan: kitab Muttasa Muttadin dan kitab Mughni al-Muhtaj.. :D

Notanoti: tuk guru saya berpesan.. setiap ibadah yang ingin kita lakukan.. sertakan dgn bersiwak.. mudahan2 setiap pahala digandakan :) nak mengaji ke, nak study ke, nak tido, nak solat n mcm2 ibadah lagi lahh.. :) dan jangan lupa.. niatkan juga tuk mengikut sunnah baginda nabiy :) sama2 kita praktikkan....

Notahati: if de salah mohon tegur :)

Wallahua'lam

Jodoh

Aku.
pernah bercinta.
Pernah bercouple.
Masa zaman stdy dlu...

Aku lepasan sekolah agama.
Sambung stdy di universiti tempatan.
semasa stdy di U, dua kali aku bercinta.
Kali pertama aku bercinta bagai nak rakk..
Apa pakwe kata, turut belaka.
Amik masa 1 thun lebih.
Dan aku pun clash dengan dia.
Atas sebab2 tertentu.

Dan, masuk tahun ketiga.
Aku couple lagi dengan seorang lelaki.
Dia baik. Aku suka pada dia.
Lembut. Tapi, bila lama2 hubungan jadi hambar. Aku masih sabar, truskan perhubungan. Sehinggalah pada satu ketika aku bergaduh dengannya. Dia mnta clash. Aku terus terima. Kerana bila aku fikir.. aku sebenarnya da mula bosan dengannya.

Aku clash dengan dia selepaa aku habis degree.
Selepas beberapa bulan.
Dia berhubung dengan aku semula.
Katanya ingin menyambung hubungan cinta seperti dulu.
Tapi, aku berkeras tidak mahu.
Walaupun ibu turut mendesak.
Kata ibu "ada orang suka pon mujur doh."
tapi, aku tetaplah dengan pendirian aku.

Ketika itu umurku 24.
aku single lama.
Aku habiskan masa dengan kerja, hppy bersma fmly.
Pada umurku meningkat 26.
Aku berjinak2 dengan kelas tafsir al-Quran.
Semasa aktif pergi kelas tafsir al-Quran.
Pada umurku ketika ini. Aku x merancang untuk menikah.
Walaupun, ramai sedara mara da mula bertanya.
Aku gembira dengan hidupku.
Ada duit lebih pergi melancong bersama rakan skerjaku.

Sehinggalah pada umurku mencecah 28 tahun.
Pada saat aku rasa ckup matang bagi wanita yg belum berkahwin.
Aku berdoa. Tidak berhenti berdoa.
Ibu ku turut risau.
kami pegi ke pusat rawatan islam.
Yelah, ibuku khuatir aku dibuat orang.
Bila scan. Alhamdulillah, tiada apa pon. Ustaz kata. Allah nak bagi yang molek terus tu.
Lalu ustaz memberi ayat ringan jodoh padaku.
Aku amalkan. Sebenarnya sudah lama aku amalkan bacaan ayat ini dalam setiap doaku.

Bila beraya, saudara2 tnya.
Aku mula gelisah. Dan mnta mereka mendoakan agar mudah.
Allahu... hati aku menangis setiap hari.
Menanti 'si dia' yang x muncul2..
aku berdoa. Keep doa.
Terus berdoa.

Sehingga umurku mencecah 29.
Aku tetap bergiat dengan kelas tafsir al-Quran. Dan aku ade join usrah.
Pada suatu petang, ada usrah.
Aku terbersua mata dengan seorang lelaki.
Dan hatiku berdebar.
Terus aku melarikan pandangan dan berlalu dari situ.

Selepas beberapa minggu, aku x nampak lagi lelaki itu.
Dan aku mula bertanya pada sahabatku tentangnya.
Oh, dia masih bujang. Murabbi usrah lelaki.
Tidak terlintas apa2 di fikiranku sebenarnya.
Dan beberapa bulan kemudian.
Ibuku memaklumkan padaku.
Ada orang masuk merisik.
Aku jadi tertanya2 siapa.
Kata ibuku. Dia suka. Kerana lelaki itu sangat gentle.
Aku tnpa mikir panjang.
Aku terima.
Aku yakin, mungkin ini yang terbaik buatku.

Dan majlis pertunangan berlangsung.
Ibunya menyarung cincin di jari manisku.
Dan ibunya memberi sekeping gambar padaku.
Gambar lelaki yang meminangku.
Saat aku melihat gambar itu. Hatiku rasa tenang dan damai. Dan menguntum senyuman di pp.

Saat ini umurku 30.
Aku bertunang dengan 'si dia' tanpa pengetahuan orang lain.
Hanya kami dan fmly sahaja yang tahu.
Kami cukop merahsiakan pertungan ini.

Sehinggalah tarikh pernikahanku.
Baru sahabat2 aku dan dia tahu.
aku bahagia. Dia juga bahagia.

Insan yang aku nikahi.
Langsung tidak aku kenali sepnjg tempoh pertungan.
Dia sangat bgus dan warak.

Kini umurku 31. Ada seorang mujahid di dalam perut.
Allah tersangat baik.
Hikmah aku temui jodoh lewat.
Allah berikan yang terbaik buatku.
Lelaki yg tenang. Sangat lembut. Dan soleh. Sekarang... aku cukup bahagia. Menanti mujahidku lahir melihat dunia berbakti pd ummah.

Sekian.

Yakinlah. Jodohmu akn tiba pada masa yang sangat tepat :')

Kisah benar dr seorang insan sedarah denganku.