layout

Wednesday, February 23, 2011

Nak buat Maksiat? boleh je dgn cara berikut.

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
 
 

Begitulah kata-kata Ibrahim bin Adham apabila diminta nasihat oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki itu kelihatan teruja dan bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1. Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan kamu makan rezekinya. Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


2Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya. Syarat ini membuat lelaki itu tergamam. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


3. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya. Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, nasihat apa yang kam beri ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita!" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


4. "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku." "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


5. Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Tuesday, February 22, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata… sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita… mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah… biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara… bersyukurlah dengan kehadirannya. . .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. …

Nasihat Buat Adik - Kenapa Kena Pakai Tudung?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah perkongsian kisah-kisah benar perbualan nasihat yang dikongsi dari pelbagai sumber. Bahasa akan disesuaikan dengan bahasa umum (loghat kelantan, perak, ganu, kedah,etc semua diubah kepada bahasa biasa..tapi ala2 sabah sikit sebab saya yang ubah sikit..huhu..maaf) bagi menghormati privasi orang yang berkongsi. Pengubahan sturuktur ayat namun tidak lari dari makna dan isi asal. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi untuk ibrah pembaca semua. Kepada sesiapa ingin berkongsi, boleh hantar ke fakhrullah90@gmail.com..Syaratnya, kisah benar

hasil karya bukan dari saya sendiri...sekadar untuk berkongsi shaja...slamat beramal dan mnutup aurat...^____________^


Adik
: salam kak..adik mahu tanya sikit..
Kakak
: Wa'alaikumsalam..ada apa dik?
Adik
: Kenapa kena pakai tudung? Orang yang bertudung pun ada yang kena kacau lelaki?
Kakak
: mengapa pakai tudung? Sudah tentu sebab ia adalah suruhan wajib Allah dik..itu mesti adik tahu kan..
Adik
: yup..adik tahu..tapi kawan adik tanya..
Kakak
: orang bertudung ada juga kena kacau lelaki..kita bkn salahkn tudung, tp salahkan pemakai tudung serta pengacau tersebut. walaupn memang sepatutnya tudung membuatkan kita terpelihara, tapi tengok juga cara kita pakai tudung, kekadang lebih mngancam daripada yang tidak pakai tudung. other situation pula, bila kita pakai tudung full covered, means yg sempurna, kita tetap jg akan dikacau sebab ianya pelik bagi mereka.
Adik
: owh..betul3..hehe..tapi kak..macam mana mau sampaikan dengan kawan adik?
Kakak
: bagaimana mahu dsampaikan benda ni pada kawan2 remaja?.
Adik
: ya kak..susah mau tegur dorang..
Kakak
: kita tidak payah beria-ia sangat mahu direct tegur..kita dalam nak menegur sesuatu kesalahan, better dahulukn dengan amal yang lain..contoh kita tidak akan terus minta dia pakai tudung, kita mulakan dengan belajar mengaji ja..atau baca yasin..sekali lagi, tidak payah tegur terus mengenai kesalahan dia x pakai tudung @ tudung tidak sempurna..kita offer benda lain, biar dia dekat dgn Allah dan biar hatinya dilembutkan dahulu.
Adik
: owh..lagi kak?
Kakak
: tapi ini proses yg pnjang, bila dah makin ok hatinya, kekadang dia sendiri yang terasa nak bertudung, if tidak pun dia sndiri akan lama2 faham bila kita selitkn sikit demi sedikit.
Adik
: wah..berhikmah juga kan..tapi kalau mau direct tidak boleh ka kak?
Kakak
: semangat juga adik akak ni..hehe..kalau mahu direct pun boleh try, tapi sebelum dismpaikn, buka dulu dengan cerita lain, contoh pengharaman khinzir, yang pernah kakak inform adik dulu, cakap khinzir islamik tu, yg dah disamak, diwudhu, dimandikan, bahkan dipakai telukung lagi, tp tetap haram, means, perintah Allah semua wajib dilakukan..baru kaitkn dgn menutup aurat..balun3..lepas tu, raikan dia cakap, apapun, pelan2 la, sikit-sikit, yg pnting kita sebenarnya nak berubah, tapi pelan2..tidak apa, yg pnting kita mahu berubah..
Adik
: owh..i see..i see..hurm..adik dah tau apa mahu buat..
Kakak
: hah..mau buat apa la tu?
Adik
: nak buat yang indirect la..
Kakak
: cara lain macam biasa la, edar artikel mengenai menutup aurat..azab tidak mentup aurat, tapi sekali lg, indirect ya..jgn khususkn artikel tu kepada dia seorang...biar semua orang dapat, jangan sampai dia terasa yang dia yang kita target..if boleh jgn biar dia tahu kita yang buat..contoh if FB, kita buat akaun baru yg khas untuk tegur orang..tapi kita tag pada ramai2 orang..
Adik
: hah, ini lagi senang..insyaAllah..
Kakak
: insyaAllah..ada apa lagi dik?
Adik
: hurm..tapi teruk la muslimah hari ni..apa lagi yang boleh adik sampaikan?
Kakak
: explain ja ia sepatutnya salah satu kewajipan setiap muslimah..tujuan dia untuk mnjaga diri..tapi dunia hari ni berbeza, yang pakai tudung pun tidak membawa kepentingan tudung tu yang sepatutnya..itu lah kita boleh tengok natijah dari pemakaian tudung tiada sama sekali...Islam adalah agama prevention come 1st..contoh kita dilarang mendekati zina..dekat pun tidak boleh..salah satunya menunjukkn bahagian badan yg x sepatutnya adalah jalan mendekati zina atau membuatkn org lain terasa ingin berzina..begitu juga kita diminta menjaga pandangan, cegah dahulu..bnyk lg perintah2 yg menekankn preventation come 1st..
Adik
: wah..ya tak ya juga kan..prevention is better then cure..
Kakak
: yup..hebat dah adik akak ni..siap cakap owang putih lagi..
Adik
: hehe..insyaAllah..ok..lain kali adik tanya akak lagi..
Kakak
: insyaAllah..
Adik
: Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kakak
: wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh

Monday, February 14, 2011

METAFORA PERSAHABATAN



  Aku duduk berteleku di atas sejadah. Peristiwa di taman petang tadi benar-benar membuatkan aku sedih. Sedih dengan apa yang terjadi. Aku rindukan sahabat aku itu. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Huda….aku rindu dirimu yang dahulu. Benar… aku sangat merindui persahabatan kita.
*****
            Telefon bimbitku berdering menandakan ada panggilan masuk.Liyana… kenapa ya?

            “Hello….assalamualaikum…”

            “Waalaikummussalam…ya, ada apa Lili?”

            “Nti…mai sini sat… kat taman permainan ni..”

            “Naper pula ni? Taman kat mana?...”

            “Alar…mai aja la…ana nampak Huda dengan seorang budak lelaki… kat taman yang baru ni…”

            “Ya ka…okey, okey…ana pergi sekarang…”

            Aku segera bersiap. Nak cepat pun tak boleh juga. Mana ada motor ka apa ka… basikal ada la.. terpaksalah naik basikal. Aku segera mengayuh basikal. Aku menggunakan jalan belakang. Risikonya ialah banyak anjing di jalan tersebut. Aku kayuh selaju mungkin… tiba-tiba 2 ekor anjing keluar dari arah yang tidak aku jangka. Apa lagi…. Terhenti basikal yang dikayuh. Jeritan mula kedengaran… ada 2 orang muslimin keluar dari rumah sewa mereka, lantas melambai tangan kepadaku mengarahkan aku meneruskan sahaja perjalanan.

            Teruskan? Mana boleh…dengan sepantas kilat, aku pusing basikal dan mengayuh semula ke rumah sewa. Aku terduduk hampa di depan pintu rumah. Telefon bimbitku sekali lagi berdering. Aku sudah jangka dari siapa. Lili…

            “Su…nti ada katna ni? Cepat la….”

            “Kejap la…anjing kejar ana, ana patah balik la…”

            “La…ya ka…nti mai kot jalan depan ja la…”

            “Weh…malu la. Dah la naik basikal. Muslimat naik basikal? Malu…malu…”

            “Nti…cepat la…”

            “Okey..okey…terpaksa la ana tebalkan muka ya…”

            Dengan segala kekuatan yang ada. Aku cuba tebalkan muka ini. Aku mengayuh basikal dengan berhati-hati. Mati ini liar memandang sekeliling. Jikalau ada motor muslimin aku pasti kena lari sembunyi. Malu la muslimat naik basikal. Alhamdulillah tiada. Aku segera membelok ke lorong kecil di taman baru. Aku kayuh agak perlahan. Masih mencari..mana? tak nampak pun… aku hentikan kayuhan. Segera mendail nombor seseorang…

            “Nti…mana? Tak nampak pun…nti ada kat mana?”

            “Nti buat-buat la kayuh basikal…terus ja melepasi taman permainan tu… ana ada kat bawah pokok besar kat tepi lorong ni…”

            “Okey..”

            Aku kayuh basikal dengan perlahan. Makin dekat dengan taman permainan, makin berdebar dadaku. Adakah akan muncul wajah sahabat kesayanganku bersama pasangannya seperti yang diberitahu Lili? Aku hampir sampai. Aku alih wajahku ke arah taman. Ya Allah..benar. Huda di atas papan jongkang jongkit bersama pasangannya…. Aku masih meneruskan kayuhan dengan lagak selamba meskipun hatiku cukup tercalar dengan apa yang berlaku. Aku mengayuh ke arah pokok besar seperti yang diberitahu Lili.

            “Lili…macam mana ni?”

            “Tak tau la…”

            “Jom pi tegur nak?”

            “Nti berani ka..? macam nti tak tau perangai Huda…”

            “Berani tak berani kena tegur juga…takkan nak biar dia macam tu? Jom ar…”

            Kami sama-sama menghampiri taman permainan. Bergetar tubuhku. Aku berjalan menghampiri mereka. Aku rasa sedih. Mampukah aku menegur seorang sahabat yang dahulunya bersamaku mengharung perjalanan dakwah ini? Aku sebak… kakiku bergetar hebat. Tanganku sejuk… mereka memandangku dengan sinis. Aku gagahkan diri ini. Aku mula berbicara… mereka masih begitu.

AKU                : Kenapa duduk macam ni? Kenal ka?

HUDA             : Saja la… kami baru kenal tadi.

AKU                : Sekolah mana ni? Raudhah juga ka?

            Dia memandangku. Dia mengangguk. Kemudian menggeleng pula.

LELAKI         : Sekolah Tunku Laksamana…

HUDA            : Woi…hang ni kenapa Su? Aku tak kenal sapa jantan ni…! Kami baru kenal ja tadi. Kalut betul la kau ni. Semua yang aku buat salah. Semalam kak Ayu tegur aku sebab tak pakai stoking. Hari ni kau pula. Tolong la wei…aku tension la ni tau dak. Tolong jangan kacau aku boleh dak?

Aku pejam mata rapat-rapat. Sedihnya…sahabat aku sendiri menengkingku di hadapan seorang lelaki yang baru dia kenal sebentar tadi. Aku pejam mata rapat-rapat. Kelu lidah ini untuk berbicara. Aku hairan. Kenapa dia perlu melenting. Kenapa dia perlu bangun untuk membela lelaki ini. Sedangkan lelaki ini hanya tunduk memandang bumi. Memang dasar lelaki yang tak bertanggungjawab.

AKU                : Okey…Huda, kenapa nti perlu marah-marah? Ana tanya dia.. bukan kat nti  Huda. Ana dah tak mau cakap apa kat nti… ana nak cakap ngan lelaki ni ja….

HUDA            : Baik..silakan…

AKU                : Datang naik apa ya…

LELAKI          : Motor….

AKU                : Mana motor? Tak nampak pun…

LELAKI          : Arr..Ha, tu motor aku. Aku balik dulu. Ok.. bye..

Tiba-tiba ada satu motor berhenti tidak jauh dari situ. Motor itu ditunggang oleh dua anak gadis. Aku kenal sangat diorang ni…budak-budak Raudhah juga… junior-junior aku la. Mesti diorang datang dengan Huda. Tapi…kenapa motor budak lelaki tu ada pada diorang? Musykil…musykil…

Aku melangkah longlai menuju ke basikal. Ada satu motor berhenti di tempat aku berdiri. Seorang budak lelaki. Baru tingkatan 2 tahun ni...

ADIK              : Kenapa kak?

AKU                : Dak….kak tegur kawan kak tadi.

ADIK              : Kenapa?

AKU                : Dia duduk berduaan dengan budak lelaki. Pastu pakai tudung yang tidak menetapi syariat.

ADIK              : Kenapa? Salahkah ka kak? Dah tu…kena pakai tudung labuh siap tutup muka macam akak ni ka?

AKU                : Salah la dik… orang perempuan dengan lelaki tak boleh duduk berduaan. Itu sudah dikira melakukan maksiat. Boleh timbul fitnah. Tak da la pakai tudung labuh macam akak…kalau nak pakai tudung pendek boleh..tapi, tutup la dada.. melebihi dada.

ADIK              : Oh macam tu…kenapa kak nak halang orang couple ya? Okey ja pun saya tengok…

AKU                : Couple memang tak boleh… lagipun sebab akak tegur kawan kak, sebab dia budak sekolah agama. Patutnya dia tahu…apa yang dia buat salah. Setiap hari dia belajar kat sekolah bab agama ni… buat pa couple dik… kita bukan boleh pastikan dia bakal isteri kita? Bila-bila masa sahaja boleh putus kan…

ADIK              : Eh…boleh la kak. Macam saya. Saya dah janji nak kahwin dengan couple saya. Saya sayang kat dia kak.

Aku terkejut. Budak sekecil ini sudah tahu mengungkap perkataan cinta, kahwin dan sayang? Aku teringat kisah semalam. Aku menceritakan kisah Rasulullah kepada sekumpulan budak lelaki yang aku rasa sudah matang fikirannya. Bila ditanya..faham dak? Diorang kata tak faham..aku kecewa. Tak faham? Aku bertanya lagi… kita umat Nabi apa? Jawapan dia ialah umat Nabi Adam…aku kecewa. Aku terduduk sambil menopang dagu. Takkan budak-budak sekarang tak tahu…kita umat Nabi apa? Sedihnya hati ini…

Aku sedih bila adik ini pandai-pandai berjanji untuk berkahwin dengan budak perempuan tersebut. Kita hanya mampu berjanji…tapi Allah yang mengatur segala-Nya.. Dia sudah tetapkan kita milik siapa. Rasulullah sudah mereka lupakan… Dunia yang fana ini yang mereka kenangkan. Aku sedih generasiku menjadi sebegini…

AKU                : Adik…macam mana adik boleh katakan adik sayang kepada dia? Adik yakin ka..?

ADIK              : Ya la kak..saya sayang kat dia. Setiap petang saya akan bawa dia ronda-ronda naik motor ni.

AKU                : Adik…kalau adik sayang kat dia. Adik takkan bawa dia naik motor dengan adik. Jaja kekasih adik kat umum. Dia tu perempuan. Masih ada rasa malu dan maruah. Kalau sayang kat dia…baik terus kahwin.

ADIK              : La..kak ni…kan saya kata saya janji nak kahwin dengan dia….

            Belum sempat aku meneruskan bicara. Budak lelaki tadi datang ke arah kami. Dia memandangku. Kemudian berpatah balik. Aku hairan. Kenapa? Ada yang pelik ka? Atau dia sedang merancang sesuatu. Kalau untuk lihat wajahku…sudah pasti tidak boleh kerana aku mengenakan niqab, jadi peluangnya untuk membuat sesuatu yang tidak baik pasti tiada.

ADIK              : okeylah kak..saya balik dulu… lain kali kita sembang lagi ya… tata…

            Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Aku dan Lili berpisah di situ. Dia pulang ke rumah sewanya. Aku pula meneruskan kayuhan ke Bait Az Zahra. Tika aku kira-kira ingin membelok masuk ke lorong menuju ke taman satu lagi, kelibat motor budak lelaki tadi. Eh…tadi dia kata dia Sekolah Tunku Laksamana. Dia buat apa kat sini? Aku sedaya upaya mengayuh basikal. Niat di hati ingin mengekori. Tapi…maklum saja la. Kuasa kayuhan basikal ni, mana bisa menandingi kuasa enjin motosikal. Aku tewas juga. Aku rasakan…dia menuju ke rumah sewa budak lelaki, tidak jauh dari Bait Az Zahra.

*****
            Keesokkannya…Huda memadang ku dengan sinis ketika di sekolah. Aku hanya mampu tersenyum. Senyuman paling manis aku hadiahkan buat seseorang yang bernama sahabat. Huda merupakan sahabat baikku. Kami bersama-sama menelusuri perjalanan dakwah ini. Namun…sejak akhir-akhir ini dia jauh berubah. Dia sudah tidak lagi tinggal bersamaku di Bait Az Zahra. Dia mengambil keputusan untuk menyewa bersama kawan-kawan yang lain. Makin hari dia makin jauh dariku. Kenapa? Apa salahku…

            Aku gagahkan diri bersua muka dengannya. Aku cuba untuk berbicara dengannya dari hati ke hati…

AKU                : Huda, kenapa nti macam dah tak mau kawan dengan ana…kenapa ya?  Apa salah ana?

HUDA            : Memang kau ada buat salah kat aku….

AKU                : Apa dia?

HUDA            : Kau tahu kan…aku sangkakan aku yang akan mendapat tempat di hati kak-kak. Ini tidak…engkau yang lebih disukai. Malah…engkau yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan ini. Tapi aku?

AKU                : Huda! Kenapa boleh nti fikir macam tu…? Ana tak minta pun jawatan tu… nti tau kan ana sayang nti sangat.. kalau nti mahu, ana boleh khabarkan kat kak-kak… tapi, nti jangan la buat macam tu… kenapa perlu berhubungan antara lelaki tu? Masakan nti lupa apa yang diajar kepada kita…

HUDA            : Ikut suka aku la… aku tak mahu hipokrit. Aku tak mahu tunjuk lagak yang aku ni baik. Aku nak jadi diri aku yang sebenar. Itu hidup aku… kau apa kisah?

AKU                : Huda…nti sahabat ana. Sampai hati nti kata macam ni… ana tak sangka Huda yang ana kenal sudah jauh berubah. Kenapa?

HUDA            : Kenapa? Sebab aku benci kau…. Kau langsung tiada masa untuk aku. Kalau engkau nak jadi sahabat aku, engkau kena luang masa untuk aku sorang saja..aku tak mahu berkongsi sahabat.

AKU                : Ya Allah…Huda, sahabat hanyalah pinjaman sahaja… ana sayang nti sangat. Tapi kenapa nti sanggup buat keputusan macam ni? Ana akan senantiasa di samping nti, Huda….

HUDA            : Arghh…sudah..aku benci..aku benci…

Aku menangis hiba. Ya Allah…andai ku bisa serah tubuh ini kepadanya, sudah pasti ku beri. Namun…aku juga punya tanggungjawab lain. Tiada langsung niat di hatiku untuk mengabaikannya. Dulu…aku sambut huluran persahabatannya. Aku masih ingat janji kami… biarlah kita ikhlas dalam persahabatan… kita bersahabat tanpa mengharapkan balasan… tapi, kenapa ini yang terjadi?
*****
Semalam aku ada berbincang dengan pimpinan mengenai masalah Huda. Pimpinan hanya diam membisu. Mungkin kelu dan tidak menyangka anak buahnya berubah hingga begitu rupa. Aku juga ada menceritakan. Semalam, sewaktu dalam perjalanan pulang, ada satu motor lalu di hadapanku. Aku kenal motor itu. Motor budak lelaki tu…tapi…kenapa…dia pakai baju sekolah Raudhah? Dia satu sekolah dengan aku ka? Memang sah…dasar pembohong. Aku kesal… pimpinan menyoalku.. “Ada ka sekolah Tunku Laksamana?” ya tak ya juga…mana ada sekolah tu kat sini. Kenapa la aku lambat sangat fikir ritu…argh…

Usai berbincang, aku minta diri untuk keluar dari bilik itu. Aku duduk termenung di ruang tamu. Ya Allah…apa yang sudah terjadi ini? Kenapa sahabat aku berubah dengan sekelip mata. Aku bingkas bangun. Menuju ke meja study. Aku capai satu kertas kosong…ku mula mencoretkan sesuatu. Warkah buat insan yang bernama sahabat……

Hari ini aku tekad untuk sampaikan surat itu buat Huda. Surat dari seorang sahabat buat sahabatnya. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Semua orang sudah pulang. Cuma aku masih setia menunggu Huda di balai ilmu. Sudah hampir sejam aku menunggu. Namun, dia masih belum muncul. Sudah balik ka? Aku pun mengambil keputusan untuk pulang. Ketika aku ingin melangkah pergi…tiba-tiba aku terdengar jeritan yang nyaring di belakang bangunan. Aku segera berlari anak menuju ke arah suara jeritan tadi…

Alangkah terkejutnya aku… seorang pelajar perempuan sedang meronta-ronta minta dilepaskan. Seorang budak lelaki yang masih berpakaian sekolah sedang cuba memegang perempuan tersebut. Aku kaget. Siapa tu? Aku menjerit kuat… Hoi!!!

Budak lelaki itu berpaling muka ke arahku. Eh…budak lelaki tu. Apa dia buat? Siapa budak perempuan tu…takkan….

Budak perempuan tu cuba untuk bangun. Ha..Huda! Ya Allah..kenapa ni?

Budak lelaki tersebut memandangku dengan pandangan yang tajam. Aku rasakan ada kelainan di sebalik pandangan matanya. Aku pandang sekeliling. Kawasan sekolah sudah sepi. Pondok pengawal pula jauh dari sini. Kedudukan kami jauh dari pandangan orang. Terlindung pula dek pokok besar. Macam mana ni? Aku buntu…

Aku cuba mencapai kayu besar di tepiku. Aku kumpulkan segala kekuatan yang ada. Huda sudah menggigil ketakutan. Aku juga begitu… tiba-tiba lelaki tersebut menghunus sebilah pisau kepadaku. Allah…macam mana ni? Dahiku sudah berpeluh.. tanganku menggeletar hebat. Kecut perut ini. Adakah aku mampu menghadapi risiko ini?

Lelaki tersebut semakin menghampiriku… lari ka? Lari la Su…tapi…Huda macam mana? Hatiku berbolak balik… kalau aku lari, Huda pula tergadai maruahnya. Kalau aku tak lari..aku pula melayang nyawa. Aku pejam mata rapat-rapat. Aku pernah tanam azam dalam diri, biarkan diri menjadi ibarat matahari… terbakar untuk kepentingan umat sejagat. Jadi..apa salahnya kalau aku berkorban demi seorang sahabat yang amat aku sayang..dulu kini dan selamanya.

Ku buka mata. Lelaki tersebut sudah berdiri di hadapanku sambil melemparkan senyuman yang menjengkelkan. Aku cuba memukulnya dengan kayu di tanganku. Namun… tenaga wanita ku tidak sekuat mana, dia mampu bangun. Lantas ku rasakan perutku bagai dicucuk duri sembilu…pedih sekali. Ada darah yang mengalair.. sedarlah aku…aku sudah ditikam. Aku pandang Huda… Huda menjerit memanggil namaku.

Aku rasakan pandanganku kabur. Terasa bagai badan ini sudah ringan dibawa angin. Ku lihat dalam samar…budak lelaki itu melarikan diri. Aku rasakan badanku dipeluk. Huda menangis hiba sambil memelukku. Aku tersenyum. Sudah lama aku tidak merasai pelukan darinya. Sesungguhnya aku amat merindui pelukan dari sahabatku ini…

HUDA             : Su…bangun Su… Maafkan Huda..Su… Bangunlah Su…

AKU                : Huda….ana seronok sangat hari ini. Nti peluk ana..

HUDA            : Su….jangan cakap macam tu. Ana ni jahat sangat kan? Sanggup ana herdik sahabat ana ni…. Ana salah Su… Lihatlah apa jadi kat ana hari ini. Aiman memang jahat!

AKU                : Tak pa…Ha.. sapa Aiman?

HUDA            : Budak lelaki tu la…ana bohong nti.. dia budak Raudhah. Ana memang bercinta dengan dia.

AKU                : Oh…tak pa..ana dah agak dah.

            Perutku terasa sungguh pedih sekali. Aku terbatuk. Ada darah yang mengalir keluar dari bibirku. Sedarlah aku, keadaan diri ini mungkin sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Huda menangis sambil memangku tubuhku yang terkulai layu. Dia menjerit meminta tolong. Namun…tiada siapa yang mendengar jeritannya. Aku membisikkan sesuatu ke telinganya…untuk kali terakhir…aku keluarkan sepucuk surat dari saku baju sekolahku. Ku serah kepadanya…

AKU                : Huda…ana sayang nti…bacalah surat ini.

            Huda segera membuka surat itu. Dia membacanya…ku rasakan pipiku basah dengan air matanya… aku tersenyum puas kerana sahabatku sudah kembali ke pangkuanku… dalam keasyikkan Huda membaca surat. Ku rasa seperti mahu tidur. Aku memandang Huda. Kemudian…ku rasakan…sedikit demi sedikit, mataku sudah terpejam rapat….

Salam sayang buatmu sahabat…

            Maafkan ana kerana telah melukai hati nti. Tidak terlintas langsung untuk ana lukai hati seorang sahabat yang ana kasihi. Huda,.. nti sahabat ana dunia akhirat. Ana masih ingat janji kita untuk bersama-sama dalam perjuangan ini. Persahabatan kita ini ikhlas kerna-Nya.

            Tapi…kenapa nti jauh berubah? Kenapa nti bukan lagi Huda yang ana kenal? Apa salah ana hingga nti begitu benci kepada ana? Huda…ana tak mahu pun semua jawatan ni. Andai kerna jawatan ini kita bergaduh, ana sanggup lepaskan. Tapi…ana ingat sesuatu. Jangan kita hilang perjuangan kerna kawan…biar kita hilang kawan kerna perjuangan. Bukan nti yang selalu ingatkan ana benda ni? Ana tak mahu hilang sahabat ana dan ana juga tak mahu hilangkan perjuangan ini dari diri ini…jadi, nti boleh bagitahu ana…apa yang patut untuk ana buat untuk dapatkan nti balik?

            Huda…ana kecewa melihat nti dengan budak lelaki tu… kenapa? Kenapa perlu nti hulurkan cinta dan kasih nti buat lelaki tu? Ke mana Huda yang begitu membenci perhubungan antara lelaki dengan perempuan? Ana sedih sangat… Huda.. ana nak bagitahu sesuatu. Nti usah bohong ana. Ana tahu budak lelaki tu sekolah kita. Ana jumpa dia tempoh hari dan dia berpakaian sepertimana budak Raudhah pakai. Untuk pengetahuan nti juga…mana ada Sekolah Tunku Laksamana area ni… macam mana ana boleh tertipu dengan kalian..

            Baliklah ke pangkal jalan Huda… lelaki tu bukan baik pun. Dia saja ja nak permainkan nti. Ana tak mahu sahabat ana dipermainkan. Cinta kita tak layak untuk orang seperti tu. Ana pernah jumpa dia…. Dia pernah keluar dengan perempuan lain. Itu yang dinamakan kesetiaan dalam sebuah percintaan? Ah..bohong la Huda.. jangan dipercaya…

            Ana rindu sahabat ana. Ana rindu ketawa dan tangisan sahabat ana. Dulu… semua cerita kita kongsi bersama. Tangisan kita hayati bersama. Kehangatan pelukan masih ana rasa, Huda. Tapi…kenapa semua itu berlalu pergi? Adakah ia hanya sebuah kenangan yang akan dilupakan. Manakan bisa ana lupakan…ia sudah tersemat di dada, sudah disimpan di dalam memori ana. Kisah persahabatan kita terlalu indah..Huda…

            Huda… ana sayang nti sangat. Ingat lagi, kisah 4 sahabat? Dulu… ana, nti… sofia, amal semuanya adik-adik junior yang baru di rumah sewa. Kitalah sahabat baik… makan bersama. Kita tidur bersama. Kita pergi sekolah bersama…. Lantas, Sofia gugur di tengah jalan. Akur dengan kehendak keluarga untuk berpindah sekolah. Amal… juga begitu. Jadi, hanya tinggal kita berdua, generasi terawal di sini. Tapi…kenapa perlu kita jadi begini? Nti di sana…ana di sini. Kelu lidah berbicara. Hanya lirikan mata menjawab segalanya. Kenapa Huda? Kenapa?

            Sudah tidak mampu untuk ana teruskan bicara. Tangisan ana menjawab segala-galanya. Huda…kembalilah ke pangkal jalan. Ingat balik janji kita bersama. Perjuangan ini terlalu suci. Jangan kita kotori dengan maksiat yang tersembunyi. Kelak rosak binasalah perjuangan yang dibawa kerana pembawanya kecundang di tengah jalan. Ingat kata keramat kita… nti adalah ana, ana adalah nti….kita adalah ruh dalam satu jasad! Ya…kita adalah roh dalam satu jasad Huda. Keperitan nti keperitan ana jua…

Salam sayang dari ana,

Sumayyah

            Huda menangis sambil memeluk Sumayyah erat sekali. Dia pandang wajah sahabatnya itu dalam-dalam. Mata Sumayyah sudah tertutup rapat. Huda kaget. Dia cuba menggocang tubuh Sumayyah. Tiada reaksi. Huda dengan teragak-agak cuba memegang nadi Sumayyah. Sedarlah Huda…sahabatnya sudah pergi menghadap Ilahi. Huda menjerit sekuat hati. Meraung penuh hiba. Pelukan makin dieratkan. Namun apa gunanya lagi pelukan itu pada insan yang sudah tidak bernyawa.

            Tiba-tiba ada suluhan lampu dari kejauhan. Pengawal keselamatan sedang meronda di sekitar bangunan sekolah. Huda menjerit sekuat hati. Sejurus kemudian, pengawal itu datang ke arahnya. Pengawal itu agak terkejut dengan keadaan Huda dan Sumayyah. Dia segera menelefon ambulans dan polis. Huda sudah tidak dapat mengawal dirinya. Sumayyah mati kerana dialah penyebabnya. Kalaulah dia tidak mengikut kehendak Aiman, sudah pasti semua ini dapat dielakkan. Namun..apa yang hendak dikesalkan lagi… Sumayyah sudah pergi buat selama-lamanya….

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan 
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi 
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu 
Terlalu naif untuk ku fahami 
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman 
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri 
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri



Wednesday, January 26, 2011

MUHASABAH CINTA



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tuesday, January 25, 2011

MUTIARA KATA 2

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin

"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin

"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno

"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius

"Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J

"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

"Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun."

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."

"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."

"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley Sheridan

"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius

"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."

"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."

"Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu." ~ Pepatah Arab

"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze

"Awal mula pohon ialah benih.."

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."

"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."

"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."

"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."

"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews

"Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi."

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."

"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."

"Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."

"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian."

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."

"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."

"Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya."

"Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." ~ Khong Hu Cu

"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya."

"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."

"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."
"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire
 
"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."

"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

"Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi."

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson

"Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh."

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

"Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."

"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

"Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya."

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.."

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier

"Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali."

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." ~ Flower A. Newhouse

"Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa."

"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya."

"Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya."

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."

"Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya."

"Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga."

"Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." ~ William J. Siegel

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."

"Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.."

"Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda."

"Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan."

"Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri."

"Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib."

"Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil."

"Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia."

"Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran." ~ Horatius

"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan." ~ Mognon Me Lauhlin

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.."

"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab

"Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong."

"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier

"Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya."

"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said Mustafa

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

"Menyimpang seinci, rugi seribu batu." ~ Peribahasa Cina

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

"Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh."

"Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya." ~ John Petitsenn

"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat." ~ Joseph Conrad

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket."

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri."

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai."

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan."

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."


"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir."

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat."


"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar." ~ Barbara Hall

"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang." ~ Whitney W Young


"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit." ~ Allen Tate


"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi."

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan."

"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri."

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA."

"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan."

"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka."

"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai."

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya."

"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu."

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."


"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam."

"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar."

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain."

"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari."

"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan."

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "