layout

Saturday, April 7, 2012

Jangan Berputus Asa dari Rahmat Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" 
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turu
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya (tazkirah sebelum solat Jumaat). Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu Allah. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah Allah kepada makhlukNya yang penyayang.

Sahabat yang dikasihi,

Sesungguhnya sungguh besar pahala si anak kecil yang sanggup meredah hujan semata-mata ingin menyampaikan risalah dan dakwah kepada mausia supaya kembali beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Dengan izin Allah SWT dapat menyelamatkan satu jiwa yang sedang menuju ke neraka (kerana hendak bunuh diri). Walaupun ayahnya seorang berilmu tidak mampu menghadapi halangan yang kecil (hujan). Namun anak kecil yang jiwanya bersih daripada noda dan dosa bersedia untuk memikul amanah yang besar iaitu amar makruf nahi mungkar.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di Neraka Jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di Neraka Jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di Neraka Jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.”
(Hadis Riwayat. Muslim, 109)

Bagaimana kita? Adakah kita sanggup untuk menyelamatkan manusia yang sedang tersesat dalam perjalanan menuju distinasi yang abadi? Mereka yang sedang hayal dan leka dengan kehidupan dunia yang mempersonakan perlulah disedarkan bahawa hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah tempat yang kekal abadi.







Tuesday, February 21, 2012

Mengenangkan dikau Sahabat

petang yang nyaman...bunyi anak2 burung berkicauan terbang di langit...sang bayu bertiup mengingatkan aku kembali kepada seorang insan yang amat aku syangi semasa dhlu....sahabatku....Nurul Sakinah namanya... teringat aku pd soalan yang pernah ditnyakan kepada ku...

~~10thn yang lalu~~

nurul: nur, awk sygkn sy x??

nur : awkkn shbt sy...mestilah sy sygkan awk...krna Allah..^__^

nurul: awak,,nk mnta tlg blh??

nur : ye awk,,tlg ape??kalau sy mampu,,sy tlg ye..:)

nurul: blh x awk tlg jgakan hati (♥) sya nie??

nur : emm....awk nk sy jga hti awk???kalau sy xnk mcm mne??

nurul: npe awk xnk...awk kta awk sygkn sya..>_<

nur : ye awk,,semestinya sy syg awk...dan sebab tu jgk sy xnk jga ♥ awk nie...sy nk beri pd 



Allah...bia Allah yg jga...sebab sy xmmpu nk jga...sy tkot ♥ awk akn terluka disebbkan 


kelemahan sy niee....boleyhkan kalau sy bg ♥ awk nie pd Allah..?

nurul: wah,,smestinyalah boleh.!!^___^ syg awk,nur~

nur,,sahabatku....sungguhnya aku amat merinduimu....jga dirimu di bumi palestin sna...ingatla,,bhwa Allah sentiasa ada bersmamu...berjuangla sahabatku...untuk agamamu tercinta..hnya kiriman doa yang mampuku berikan...semoga kau sentiasa di bwh lindungan Allah swt...









Saturday, December 3, 2011

Muhasabah Diri

Assalamualaikum wbt...

hye kawan2...! shat ke smua???hope shat2 aje ye...^___^
emm,,sebenrnya,,ana cuma nak ulas cikit ttg post ana yang tjuknya 'siapakah di hatiku?'
kalian smua da bca ke post ana yang tu???kalau belum baca lagi,,jemput2lah klik post tersebut..^__^

hmm...kalau kalian perasan post tersebut tergantung....bgaikan tiada akhirnya...ape yang terjdi??adkh ana dpt gapai cinta Ilahi...emm,,sebenrnya...ana xnak smbung kt ctu..tp,,ana nk cter kat cni...xpe kan??^__^

bg ana,,untuk mencari cnta Ilahi,,tiada titik noktahnya,,sbb biasa la...kitakan hamba yang lemah...setiap msa kita akn mencari...x kesah la cari ape,,cari makan,cari duit,cari kesenangan...smuanya bagaikan tiada pengakhiran kan...kita akn terus mencari dan mencari...

sebenarnya,,ana pon x thu nak akhiri post 'siapakah di hatiku' tu mcm mne...jdi ana nak ambil kata ayat terakhir ana dlm post yg kedua ttg tjuk tu,,iaitu 'muhasabah diri'

mengenai muhasabah diri....siapa yang sntiasa muhasabah diri???put ur hands up!! ^___^ xpe,,kalau ana x nmpk..Allah nmpk..alhmdulillah...bgus shabat2 ana...^__^

ada orang kata,,kalau kita bersendrian itulah msa terbaik untuk muhasabah diri...yup,,bg ana pon... jadi,, disini..siapa yang tidak ada msa untuk bersendirian??mmg ada insan yang tiada msa untuk bersendrian..betul,,tiada msa...sbb ape??pk2 kan ye...

ana x nk cter pnjg ttg itu...kita sama2 muhasabah diri..^___^
dalam post ana tu,,ana kata...susahnya untuk mnggapai cnta Allah...mcm2 usha da yang ana wat....tp,,slalu je gagal...kenapa??ana xnk jwb kt cni...letak diri shabat2 smua disini...dan fkirkan knp??muhasabah diri~~

scra tidak sngaja para shabat da muhasabah diri...wlaupun kita tdk ada msa untuk bersndrian...dgn penglihatan kita,dgn pendengaran kita...kita blh muhasabah dri...InsyaAllah....


AYUH! KITA GAPAI CINTA ALLAH BERSAMA

best of luck SAHABAT.....

Thursday, December 1, 2011

siapakah dihatiku?? 2

Kadangkala selepas HILANG cinta MANUSIA, kita jumpa CINTA ALLAH SWT, setelah DIZALIMI manusia, kita rasai ADILNYA ALLAH SWT, selepas SESAT dalam GELAP, kita HARGAI cahaya yang MALAP. Tatkala HATI keresahan, kita HARGAI erti KETENANGAN. Bila ditimpa MUSIBAH, kita tahu KESABARAN itu INDAH, SAAT hidup dalam KEKURANGAN, kita YAKIN kesyukuran itu MENCUKUPKAN. 

Allah itu sgt mncintai hmba2nya...sehinggakan Allah beri kita nikmat stelah kita dikecewakan...subhanAllah...

aku merasakan perjalanan untuk aku mencari cinta Ilahi semakin pnjg...ada lagu nasyid yang pernah aku dengar... begini bunyinyerr...eherm3....

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

haa....nie la lagunya..tjuknya 'damba kasih' dari kumpulan inteam..emm,, hakikatnya mmg begitulah ujian yang perlu di tempuh...hebatkan usaha dalam pencarian cnta Ilahi..kita xkn sng2 untuk mndptkannya...perlu bersusah payah dlu agar satu hari nanti,,apabla kita da dpt...xkn senang2 kita lepaskan...

emm..sebab tu adanya 'doa' mcm2 Allah trunkan doa pd kita...untuk menguatkan hati kita tika diri rsa lemah bgaikan ingn tenggelam dan tersungkur... Allah itu Maha pengasih...
pelbagai nikmat yang Dia berikan pd kita...salah satunya 'doa'..

dalam misi mencari cnta Allah...aku jmpa rmai kawan...bnyk sumber yang menguatkan hati aku untuk menuju cnta Allah......

ramai kawan di fb..hehe,,alam siber skrg nie..mcm2 boleyh cari...bkn stakat cari ilmu je..cari kawan pon boleyh..dan bkn setakat kawan,,cari calon suami n isteri pon boleh..hehe..mudah je skrg nie...taip facebook..add kawan rmai2..da ada kawan,,tp,,ada satu mslh...yelah..fb tu kan mempunyai rmai admin..kawan yg mcm mna pula yang boleh didik kita??yang blh bwa kita ke jln Allah??huiii...pyh jgk nie...

mmg sukar sgt nk jmpa kawan baik di fb...ingt senang??kawan aku pernah kecewa dgn kawan2nya di fb...tp,aku??alhmdulillah...Allah permudahkan untuk mncri kawan... aku mulakan dgn kalimah salam perkenalan..berkawan dgn baik..nshat menasihati.. haa,,aku da ada kawan baik di fb...rmai plak tu,,alhmdulillah..ini juga nikmat Allah... pndai2 la aku nk menikmatinya bgimana..sekiranya aku slh gnakan nikmat Allah nie.. tdk mustahil stu hari nnti Allah akn trik balik kawan2 aku nie...
emm,,xnak~~~

berdoa da,,cari kawan pon da,,bca buku islamik pon da jgk..malah bca post2 di laman web islamik pon dah...ape lagi yg x kene ekk dgn usha aku nie??knp aku msh merasa jauh dgn Penciptaku???emm...

ape ek???ape lagi???

hahhhh....baru aku tahu...

hati rupanya yang mnjdi mslh....mgkin hatiku msh lagi kotor....bestu??mcm mna nk bersihkan hati??bkn ke usha aku slma ini cara untuk bersihkan hati??emm....

agaknya,,aku nie kurang berzikir..kurang mengaji..kurang berselawat..serba serbi kekurangan..em..mgkin jgk.....

sesungguhnya kita ini manusia yang serba serbi kekurangan...adakalanya kita merasakan ckop dgn apa yang kita da lakukan,,tetapi kurang lagi dari pndangn Allah...

muhasabah diri~~~




Tuesday, November 29, 2011

siapakah dihatiku....???

siapakah dihatiku~~~?

wah,,menjadi persoalan hangat di dalam hati.....
siapa ye dalam hati aku??
rahsia dalam rahsia.........^___^

emm...yang aku tahu,,dlm hati aku..ada family,kawan2,ckgu2,mkck2,emm...sape lagi ek???
itulah rahsia dlm hati..tnpa kita sedar rsa syg n cnta tu berputik...
wah,,dari mna niee???xpernah aku ada perasaan yang macam nie....
rasa indah je bila teringat SI DIA...
wah,,aku da dilamun cinta...<3

tp,,kadang2 aku konpiuss,,antara 2 cnta...cnta hakiki or cnta yang asli...emm...
kalau blh dua2 aku nak...tp,,org kata..carilah cnta yang hakiki dan akan dapat cnta yang asli tu...

wah..aku pon smpan niat untuk capai cnta yang hakiki...dalam usaha untuk mndapatkan cnta yang hakiki tu bnyk kali gak la aku tersungkur...aku usaha lagi...aku bngkit balik dgn smgt bru...aku cari lagi cnta hakiki tu...
dan untuk kesekalian kalinya,,aku tersungkur lagi...dan,,aku baru sedar...untuk mndapatkan cnta yang hakiki sgt la payah...byk rntangan dan dugaan yang perlu dirempuh..

'ish,mcm mne nak dapat cnta yang asli niee..???cnta yang hakiki pon x dapat2...hadoiii...'
monologku sndirian...

suatu hari...aku baca artcle..haa,,article tu ckp..kalau nk kan sesuatu..jgn berusha sorang2...payah...
cba untuk cri org sekeliling untuk membntu...x kesahla apa2 sumber pon...

hah!bru aku tahu.....owhhh....cari kawan yang boleh bntu aku..beli buku islamik..bukak laman web yang boleh memberi aku ilmu...hehe..ok2...da dpt...tq article...sbb bg aku tips...^__^

Ku mencari cinta nan suci,
Tanpa pengaruh nafsu duniawi,
Terasa sukar jalan yang ditempuhi,
Penuh liku dan onak duri.

Sudah lama ku mencari-cari,
Cinta yang suci tidak bertepi,
Setelah lama ku menghausi,
Akhirnya, cinta murni-Mu dimiliki hati.

aku jumpa puisi ni kat laman web iluvislam....kali pertama aku baca puisi ini,,terasa insan yang post puisi ini mencri sesuatu yang sma sperti aku...smkin lama,,aku jadi smkin suka laman web iluvislam niee...aku pi lagi explore web itu...ahahhhh...zassss~~


"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

subhanAllah...kata2 di atas ini mnjdikan driku smkin bersmgat untuk mncri cinta yg hakiki..yakni cinta Ilahi...



di saat aku gembira dan bersemangat untuk mencari cinta Ilahi...tetba,,aku ternmpk satu post di blog sahabatku menceritakan ttg neraka Allah...MasyaAllah,,tgnku mengiggil saat aku membaca post tersebut...
sesungguhnya,,,Allah itu Maha Berkuasa...

aku menjadi semakin takut untuk melakukan maksiat...^________^
emm...kata kakak senior..."cuba kamu cari satu tempat yang Allah tidak nmpak kamu....dan disitu kamu boleyh melakukan maksiat..."
masa tu blurr jgk la...'mna aku nak cari tempat yang Allah x nmpk???ermm..'
rupa2nya..dalam dunia nie mmg xde sudut pon Allah x nmpk...skcil kuman pon Allah blh melihat...ape lagi mnusia yg besor niee...ish3....

~~Bersambung~~


Wednesday, June 1, 2011

kakaku di hospital

tangan kakaku di baluti..dan kelihatan sgt2 la gemok..uhu,,
Assalamualaikum....^____^


hye kawan2,,shat ke??moga2 shat2 sokmo la dehhh...:D
sya nak kongsi cter ckit nie...pengalaman sya jaga kakak di hospital...
sebelum tu,,nak cter ckit la ttg kakak sy nie,,knp dia leyh duk hospital lak kannn..??
hmm,,sbnrnya...dia kene laggr...fuhh,,takot~~
tgn dia patah...sikunya hncur...sakit sgt dia ckp...dia bru je lepas menjlani pembedahan 30.5 hari tu,,
bermula pd jam 12.30 hingga 4.30..pd mlm 30.5 tu,,dia asyik menangis je..sakit sgt katanya,,cian kat dia...
mlm tu abg ipar kol sya,,mnta tlong jga kakak di hospital esok yakni 31.5..

Keesokan harinya sya bertolak ke hospital dengan bntuan kakak sya,Huda menghntr sy ke hospital...
sesampainya di HUKM bgunan kecemasan...sya jdi blurr,, 
kat mne aku nie,,nak msuk celah mne laa??adoii...bsiku seorang diri..
 saya pon apa lagi,,amik la alat yg terkini agak canggih dan cntik di pndg mata,,lalu mnekan butang call..
hahah,,kol kakak laa,,
Assalamualaikum,,helo,,kak mah..wad k.mah yg mne satu?? adik msuk kat tmpt org amik ubt tu,,pastu belok kiri..ada lif kt ctu naik tgkt 4,,wad 4f...jwab kakaku..ooowwhh,,ok2...
 haa,,saya pon ikotla ckp kakak...jmpa lif,,naik la tingkat 4..dan pegi mnuju ke wad 4f..kakak ku di katil hujung skali...terbaring lemah di atas katil...sya pegi mendekatinya...~~

pada waktu tengahri,,sya nak pegi bli mknn kat bwah...perut da lapor la katakan..uhuu..^_^
masa nak naik lif tu,,tetba saya jdi blurr balik...
aduhh,,nak turun tngkt bpe ekk???dengan lafaz bismillah,,sya memulakan langkah msuk ke dlm lif..huhhh,,tekan la num 1...ble dah smpai tgkt satu,,tgok kat luar...npe semacam je niee??bukan kot.. msuk lagi lif...pastu tkan lak B..dah kata B kn Bawah,,itu pon sy x leyh pk..sabo jelah..ble da smpai tgkt B sunyi je...seram lak...cepat2 naik lif smula dan tkat G...haaa,,yg nie btol..heheh....
 saya pon pegi mnuju ke tempat org jual mknn...wahh,,,smuanya cedap2 belaka..kata perutku,,nak mkn aym gorang,,eh,,gulai rebung pon sedap,,tp,,ikan msk smbl,mee kari,laksa pon sedap gak...amboii,,perut nie..bnyk sgt...heheh...duit ckit je...so,,sya pon bli nasi,,lauk aym goreng n msk lemak rebung...cedapnyerrr...
kakak pesan,,x yah beli air...air da bnyk kt atas...ok2....

seusai membeli nasi...saya pon nak naik smula ke wad 4f...haa,,,skrg da pakar da..xdenyerr sesat2 lagi...kih3...~~

seharian saya di hospital nie...dah tahu da jiran2 katil kakak sy nie sakit ap..sebelah katil kakak sya tgah tggu nak wat pembedahan...sbbnya tulang m.cik tu terlebih di kaki...depan katil kakak sya lak kakak endon,,dia sakit kencing mnis...uhuu,,,bhya tau...tp,,msih lgi di peringkat awal...tp,,perlu kawal mknn tu...
dan,,yg lain2 sme je mcm kakak sya...

akak sya ada pesan...hati2 di jalan raya...kalau patah mcm akak nie,,sakit sgt...huhh,,..seriau aden tgok...xmo2...Ya Allah,,jauhi driku dari sebarang malapetaka...Ameen...:D

apa yg ingin sya perkatakan jua sma sperti ap yg kakak sya pesan...nsihat yg mudah,,tp,,sukar untuk kita lakukan...mengapa??krna smuanya di atas suratan Ilahi..seandainya Dia ingin kita jdi bgtu,,bgtu la kita... tp,,kita msih lagi blh mengmbil langkah berjaga2...jd,,kawan2..kat luar sna bnyk sgt perkra yg berbhaya..
jd,,moh ler kita mengamalkan sikap berjga2 di jlan raya atau dimana2 jua anda berada...

ewahh,,dah mcm iklan berita lak ekk...kih3....

haaa,,,sebelum saya terlupa...ingin mengur sdkit tentang sikap msyarakt kita nie...tertmanya pada jururawat2 di hospital,,kita x mnta untuk di mnjakan,,tetapi..kita ingin mereka fham ttg kesakitan yg kita tggung nie...mreka yg x pernah alami mmg sedap ble berckp...buat la lembut2...jgn kasar2...cian sya tgok pesakit2 di hospital...jdi,,tingkatkan kualiti,,kurangkan menyakiti pesakit...hahah....selamat beramal...^___^

merepek sudahhh.....>_____<

itu shaja la kot untuk stkat nie...da kering idea,,nak tules ap lagi...kih3....kpd kwn2 yg dikasihi,,selamat membaca...Assalamualaikum...

sekian dari saya>>>>insan yg bernama>>> NurulMuti'ah...

Saturday, April 23, 2011

rahsia tersembunyi......jeng3......

Assalamualaikum.....

adakah kawan2 sedar bahawa meniup lilin dalam kek ada mksd yg tersirat????ada smbolik yg tersembunyi disitu......haaa...nak thu x???pernah x kawan2 terfikir...knp perlu ada lilin dalam kek semasa menyambut hari jadi or lain2???dan kenapa meniup lilin dalam kek itu haram sma skali??? mengapa dan kenapa???huuuhhh...jom kita merungkai apa yg ada di sebalik rahsia dan pengharaman meniup lilin dalam kek/menyambut hari lahir......jeng3.....

ada yang mengatakan bahawa menyambut hari lahir ini....sperti di bawah...;

Para fuqaha’ sejak dulukala (bila Birthday Nabi saw (Maulid) disambut bermula abad ke 4H), tidak sepakat mengenai hukum birthday: ada yg keras mencegahnya dan ada yg mengharuskan kerana ia adat sahaja.

Pendapat Prof Dr al_Imam Abdallah Yusof alQaradawi dari Dhoha pula, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah birthday ini (Islam Online):

Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak significant kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu achievement yg sukar diperolehi. Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi’iy saban tahun sahaja.
Lazimnya kita membuat kenduri atau sambutan kesyukuran bila kita dapat mencapai sesuatu kejayaan yg jarang2 dicapai oleh orang lain. WaLlahu a’alam
P/S: Birthday dibawa masuk oleh Kerajaan Fatimiyah di Egypt pada abad ke 4 H dan kemudian di Iraq (Mosul) oleh Syaikh Umar bin Muhammad bin Malla. Buku Maulid yg pertama dikarang oleh Hafiz bin Dahiya dgn jodol atTanweer fi Mawlidil Basyirin Nadzir. Maulid (Birthday) ini kemudian disambut oleh sultan dan pemerintah dan akhirnya umat Islam semakin menjadi-jadi menyambut upacara ini (Prof Syurbasyi, yas-aluunak)

Dari apa yang saya faham adalah....menyambut hari jadi itu hukumnya harus..
ingin menymbut atau pun tdk itu terpulang...cuma,,jgn ada unsur2 yang haram iaitu meniup lilin dalam kek...krna itu adalah amalan orang kafir...Hadis NAbi saw ” Barang siapa yg meniru gaya atau amalan orang kafir maka mereka itu sebahagian darinya”..Nauzubillah

jadi kawan2,,,apakah simboliknya kita meniup lilin dalam kek itu??kita thu ianya haram krna diamalkan oleh orang2 kafir...tp,,apakah mkna tersirat...
jom3....nak kongsi rahsia ckit....haaa....

sebenarnya kan....kawan2....meniup lilin dalam kek itu adalah diibaratkan sperti menghapus dan merosakkan akidah kita...mengpa??krna,,cahaya dari lilin itu adalah diibaratkan seperti chaya islam,,dicucukkan ke dalam kek...dan kek itu adalah KITA umat islam....sya bg contoh yg lebih dalam lgi ye...

contoh la,,suatu hari,,si A nie nak smbut hari lahir dia..dengan mempunyai kek yang sedap dan dihiasi lilin diatasnya untuk di tiup...maka si A nie pon tiuplah lilin itu....lalu,,terpadam la cahaya,,iaitu...chaya islam(agama islam)..lalu lilin itu dicabut dan dibuang ke tepi...sprti,,kita mencabut dan membuang akidah yg ada dalam diri kita...dan,,si A pon potong pulak kek itu untuk di makan...haa,,, thu x jwpnnya sperti ap???memotong kek itu seolah2 menghacurkan semua umat islam....perkara yg kita rasa sgt simple dan cntik di pndang mata tetpi duri dalam islam sbnrnya....astaghfirullahaladzim...

jadi,,kawan2....mahu kah kita melakukannya lagi??sbnrnya kesilapan yg besar,,tetapi taktik yg sgt halus...
itulah cara org kafir nak menyesatkan kita...MASYAALAH.....semoga kita dijauhkan dri segala dosa yg kita sndri x nmpak.....Nauzubillah...

 sesal dlu pendapatan,,sesal kemudian tiada gunanya....marilah kita sma2 katakan tidak kepada meniup lilin dalam kek!!krna ianya suatu perkara yg mambawa kita kpda kemurkaan Allah....