layout

Saturday, March 7, 2015

Jodoh

Aku.
pernah bercinta.
Pernah bercouple.
Masa zaman stdy dlu...

Aku lepasan sekolah agama.
Sambung stdy di universiti tempatan.
semasa stdy di U, dua kali aku bercinta.
Kali pertama aku bercinta bagai nak rakk..
Apa pakwe kata, turut belaka.
Amik masa 1 thun lebih.
Dan aku pun clash dengan dia.
Atas sebab2 tertentu.

Dan, masuk tahun ketiga.
Aku couple lagi dengan seorang lelaki.
Dia baik. Aku suka pada dia.
Lembut. Tapi, bila lama2 hubungan jadi hambar. Aku masih sabar, truskan perhubungan. Sehinggalah pada satu ketika aku bergaduh dengannya. Dia mnta clash. Aku terus terima. Kerana bila aku fikir.. aku sebenarnya da mula bosan dengannya.

Aku clash dengan dia selepaa aku habis degree.
Selepas beberapa bulan.
Dia berhubung dengan aku semula.
Katanya ingin menyambung hubungan cinta seperti dulu.
Tapi, aku berkeras tidak mahu.
Walaupun ibu turut mendesak.
Kata ibu "ada orang suka pon mujur doh."
tapi, aku tetaplah dengan pendirian aku.

Ketika itu umurku 24.
aku single lama.
Aku habiskan masa dengan kerja, hppy bersma fmly.
Pada umurku meningkat 26.
Aku berjinak2 dengan kelas tafsir al-Quran.
Semasa aktif pergi kelas tafsir al-Quran.
Pada umurku ketika ini. Aku x merancang untuk menikah.
Walaupun, ramai sedara mara da mula bertanya.
Aku gembira dengan hidupku.
Ada duit lebih pergi melancong bersama rakan skerjaku.

Sehinggalah pada umurku mencecah 28 tahun.
Pada saat aku rasa ckup matang bagi wanita yg belum berkahwin.
Aku berdoa. Tidak berhenti berdoa.
Ibu ku turut risau.
kami pegi ke pusat rawatan islam.
Yelah, ibuku khuatir aku dibuat orang.
Bila scan. Alhamdulillah, tiada apa pon. Ustaz kata. Allah nak bagi yang molek terus tu.
Lalu ustaz memberi ayat ringan jodoh padaku.
Aku amalkan. Sebenarnya sudah lama aku amalkan bacaan ayat ini dalam setiap doaku.

Bila beraya, saudara2 tnya.
Aku mula gelisah. Dan mnta mereka mendoakan agar mudah.
Allahu... hati aku menangis setiap hari.
Menanti 'si dia' yang x muncul2..
aku berdoa. Keep doa.
Terus berdoa.

Sehingga umurku mencecah 29.
Aku tetap bergiat dengan kelas tafsir al-Quran. Dan aku ade join usrah.
Pada suatu petang, ada usrah.
Aku terbersua mata dengan seorang lelaki.
Dan hatiku berdebar.
Terus aku melarikan pandangan dan berlalu dari situ.

Selepas beberapa minggu, aku x nampak lagi lelaki itu.
Dan aku mula bertanya pada sahabatku tentangnya.
Oh, dia masih bujang. Murabbi usrah lelaki.
Tidak terlintas apa2 di fikiranku sebenarnya.
Dan beberapa bulan kemudian.
Ibuku memaklumkan padaku.
Ada orang masuk merisik.
Aku jadi tertanya2 siapa.
Kata ibuku. Dia suka. Kerana lelaki itu sangat gentle.
Aku tnpa mikir panjang.
Aku terima.
Aku yakin, mungkin ini yang terbaik buatku.

Dan majlis pertunangan berlangsung.
Ibunya menyarung cincin di jari manisku.
Dan ibunya memberi sekeping gambar padaku.
Gambar lelaki yang meminangku.
Saat aku melihat gambar itu. Hatiku rasa tenang dan damai. Dan menguntum senyuman di pp.

Saat ini umurku 30.
Aku bertunang dengan 'si dia' tanpa pengetahuan orang lain.
Hanya kami dan fmly sahaja yang tahu.
Kami cukop merahsiakan pertungan ini.

Sehinggalah tarikh pernikahanku.
Baru sahabat2 aku dan dia tahu.
aku bahagia. Dia juga bahagia.

Insan yang aku nikahi.
Langsung tidak aku kenali sepnjg tempoh pertungan.
Dia sangat bgus dan warak.

Kini umurku 31. Ada seorang mujahid di dalam perut.
Allah tersangat baik.
Hikmah aku temui jodoh lewat.
Allah berikan yang terbaik buatku.
Lelaki yg tenang. Sangat lembut. Dan soleh. Sekarang... aku cukup bahagia. Menanti mujahidku lahir melihat dunia berbakti pd ummah.

Sekian.

Yakinlah. Jodohmu akn tiba pada masa yang sangat tepat :')

Kisah benar dr seorang insan sedarah denganku.


1 comment:

  1. Assalamualaikum..awkk, mcm mane nk dekatkn diri dgn sahabat2 soleh, sy rase sgt nk kwn2 mcm tu..nk pegi blaja agama, tafsir al quran n mcm2 lg..sy xtau bgmana nk mulaa 😔

    ReplyDelete