layout

Saturday, March 7, 2015



..TARIKLAH SAHABAT-SAHABATMU KE SYURGA, BUKANNYA KE NERAKA..

Mohon berlapang dada ye semua..huh..(tarik nafas, hembus)

Bismillahirrahmaanirrahiim..

USRAH :
Kesian pada diri sendiri kalau tak mampu mengajak secara depan depan.
Kata nak bantu umat tapi tak pernah berani tegur. Kasihan diri sendiri la.
(Tamparan buat diri sendiri)
Maaf , buat sahabat sahabat yang paling saya sayang kerana Allah..
-Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau awak lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan. Panas? Takpe panas sikit di dunia, asalkan tak panas di SANA..
-Kaki pun aurat tau. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox ke plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.
-Tudung tu..Tak kisah awak nak pakai jenis yang macam mana pun..Hana Tajima ke, shawl ke, pashmina or bawal ke..it's up to you..Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya awak labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan saya tau..

-Baju/kain/seluar tu..Saya tau awak masih muda, nak bergaya, ikut fesyen..saya pun perempuan..Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya..Tak ketat, tak jarang, tak singkat..Islam tak larang awak nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan..Awak lagi nampak cantik kalau berpakaian tutup aurat dengan sempurna. Sungguh.. Saya tak tipu..
Tadi saya dengar radio IKIM.fm. Slot tu pasal seorang muallaf yang baru masuk Islam. Tapi dia tak bagitau pun keluarga dia sedangkan dah hampir dua tahun dia bergelar Muslim.

Yang buatkan saya terharu sangat, dia sangat berusaha untuk tutup aurat dengan sempurna, faham agama Islam dengan baik agar dia dapat terangkan kepada keluarganya yang amat benci Islam. Allahu..baru masuk Islam kot? Kita??

Dan awak tahu tak apa dia kata? Dia kata, pada awalnya, dia pandang Islam ni teruk sangat sebab dia tengok kepada umat Islam, bukannya kepada ajaran Islam. AllahuRobbi..Kita dah jadi fitnah kepada agama kita sendiri..

Tapi selepas dia kaji pasal Islam, barulah dia nampak keindahan Islam tu sendiri.
Dan waktu last slot dia dalam radio tu, dia ada sampaikan pesanan supaya umat Islam tu tunjukkan Islam yang sebenar kepada yang belum Islam.

Nampak tak? Kalau kita pun tak ada bezanya dengan yang not-yet-Muslims dari segi akhlak, pakaian dan sebagainya, then should we call us as Muslims??

Maha Suci Allah..
Beruntungnya kita sebab lahir-lahir je dah Islam.
Ada mereka kat luar sana kena redah bermacam-macam ujian dan tribulasi sebelum dapat rasa nikmat Islam tu..

Takkan kita tak boleh jadi hamba yang sebenar-benar dengan nikmat Iman dan Islam yang dah diberikan kepada kita sejak dulu lagi??

Tepuk dada, tanya iman.

Awak, Islam, tudung labuh, jubah, pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti atau aliran agama sahaja.

TAK. TIDAK SAMA SEKALI.

Islam tu untuk SEMUA.
Bukannya exclusive untuk golongan tertentu sahaja.
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita. Biarlah orang lain tak malu dedahkan aurat, tapi biarlah kita rasa izzah (bangga) dengan Islam yang kita bawa.
Biar kita bangga dengan pakaian Islam kita.

Saya tulis ni bukan sebab saya dah baik ke apa. Tak. Saya pun masih terkapai-kapai mencari cahaya-Nya. Saya hanyalah hamba marhaen.
Iman kadang naik, kadang turun.
Dah namanya manusia..
Masih berusaha memperbaiki diri.

Sekadar menyampaikan.
Nanti bila saya disoal di hari akhirat kelak. Sekurang- kurangnya , awak semua dah tengok post ni.
Saya sampaikan.

'Ya Allah, persaksikanlah..telah aku sampaikan.'

Bukan kata nak lepas seorang diri.
Tapi sebab nak lepas beramai- ramailah saya post benda ni. Maaf.
Kalau awak terasa.
Tapi saya takut kalau awak tarik saya nanti.
Saya ni dahlah pahala sikit je.
Saya taknak masuk neraka.
Seksa.
Saya nak masuk syurga.
Saya sayangkan awak...
Jom sama-sama kita masuk syurga..

Jangan lihat kepada siapa yang menyampaikan, tapi lihat kepada apa yang disampaikan..

Semoga Allah redha dan bagi hidayah kepada kita semua..

Kerana mati itu pasti, jangan remehkannya untuk sesuatu yang belum pasti....

Wallahua'lam..

..InniAkhafullah..


No comments:

Post a Comment