layout

Wednesday, June 27, 2012

Cara Hidup Rasulullah s.a.w

BAGAIMANAKAH cara hidup yang
diamalkan Rasulullah s.a.w yang
perlu umat Islam contohi?

Mencontohi Nabi bukan sekadar
serpihan, tetapi perlu dalam
semua aspek kehidupan kita.

Kali ini saya ingin kongsikan
bersama cara hidup sihat Nabi
Muhammad amalkan.

Bukan
bermakna nabi terhindar
daripada penyakit, tetapi
baginda sebenarnya hanya
pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam
keadaan sihat walaupun
menggalas tugas berat dan
mencabar. Perhatikan perbezaan
dengan diri kita yang menghidap
pelbagai penyakit serta
penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi
kebanyakannya hati berpe nyakit.

Antara beberapa cara hidup sihat
yang Baginda amalkan adalah:

>Selalu bangun sebelum subuh.

Rasulullah mengajak umatnya
untuk bangun sebelum Subuh
bagi melaksanakan solat sunat,
solat fardu dan solat Subuh
secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang
mendalam antaranya mendapat
limpahan pahala, kesegaran
udara subuh yang baik terutama
untuk merawat penyakit tibi
serta memperkuatkan akal
fikiran.

>Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan
rapi. Setiap Khamis atau Jumaat,
Baginda mencuci rambut halus di
pipi, memotong kuku, bersikat
serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah
sangat dituntut bagi setiap
orang dewasa. Demikian pula
menggosok gigi dan pemakai
harum-haruman.” (Hadis riwayat
Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang
bermaksud: “Kami adalah satu
kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan apabila kami makan
tidak terlalu banyak (tidak
sampai kekenyangan).” (Muttafaq
Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga
ruang untuk tiga benda:
Sepertiga untuk udara, sepertiga
untuk air dan sepertiga lainnya
untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan
khusus bagi umat Islam iaitu
dengan berpuasa pada Ramadan
bagi menyeimbangkan kesihatan
selain Nabi selalu berpuasa
sunat.

>Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke
masjid, pasar, medan jihad dan
mengunjungi rumah sahabat.

Apabila berjalan kaki, peluh pasti
mengalir, roma terbuka dan
peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah
penyakit jantung. Berbanding
kita sekarang yang lebih selesa
menaiki kenderaan.

Kalau mahu
meletakkan kenderaan, mesti
letak betul-betul di hadapan
tempat yang hendak kita pergi.

>Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’
diulangi sampai tiga kali. Ini
menunjukkan hakikat kesihatan
dan kekuatan Muslim bukanlah
terletak pada jasad, tetapi lebih
kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk
menahan perasaan marah iaitu
dengan mengubah posisi ketika
marah, bila berdiri maka
hendaklah kita duduk dan
apabila sedang duduk, maka
perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz
kerana marah itu daripada
syaitan, segera mengambil
wuduk dan solat dua rakaat bagi
mendapat ketenangan serta
menghilang kan gundah
di hati.

>Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan
emosional yang mendalam bagi
kelapangan jiwa selain perlu
banyakkan sabar, istiqamah,
bekerja keras serta tawakal
kepada Allah s.w.t.

>Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan
kesihatan jiwa, semestinya kita
perlu menjauhi daripada sifat iri
hati. “Ya Allah, bersihkanlah
hatiku dari sifat-sifat mazmumah
dan hiasilah diriku dengan sifat-
sifat mahmudah.”

>Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat
dituntut bagi mendapatkan
ketenteraman hati dan jiwa.

Memaafkan orang lain
membebaskan diri kita daripada
dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka
marah itu melekat pada hati.

Justeru, jadilah seorang yang
pemaaf kerana yang pasti badan
sihat.

Bahagia sebenarnya bukan
mendapat tetapi dengan
memberi. Sebenarnya, banyak
lagi cara hidup sihat rasul
semoga hati kita semakin dekat
dengan Nabi yang amat kita
rindukan pertemuan dengannya.

>Oleh Ustaz Zawawi Yusoh<

1 comment: