layout

Tuesday, March 10, 2015

10 PERKARA MENYEBABKAN DOA TIDAK TERKABUL

1) Mengetahui makrifat Allah swt tetapi tidak memenuhi hak-hakNya



2) Membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan apa yang ditunjuk olehnya



3) Mengakui mencintai RasululLah saw tetapi meninggalkan sunnah baginda



4) Mengakui syaitan itu musuh tetapi mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya



5) Mengaku mahu masuk syurga tetapi tidak mengamalkan perbuatan untuk mendapatkannya



6) Mengaku mahu terselamat dari neraka jahannam tetapi membuat semua kerja yang akan menceburkan diri ke dalamnya



7) Mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi tidak mempersiapkan diri menghadapinya



8) Sentisa mencari kecelaan diri orang lain tetapi tidak cuba mencari kecelaan diri sendiri



9) Telah merasai nikmat pemberian Allah swt tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya



10) Telah menguburkan orang-orang yang telah mati tetapi tidak mahu mengambil iktibar daripadanya

No comments:

Post a Comment