Saya mohon maaf.
Saya mungkin tak sweet macam lelaki impian awak.
Tapi saya cuba sedaya upaya untuk bawa keluarga kita ke syurga.
Saya tak hebat macam pemuda Islam yang awak harapkan.
Tapi saya terus usaha supaya dapat contohi kepimpinan dan kehebatan para sahabat terdahulu.
Saya tak tinggi ilmu agama macam para salafussoleh.
Namuun saya cuba untuk mendalami setiap ilmu yang saya ada.
Saya tidak sekaya Abdul Rahman bin Auf.
Tetapi saya berharap saya kaya dengan cinta yang membimbing kita ke syurga.
AWAK
Sampai satu masa nanti,
Awak akan jadi amanah saya.
Jadi mulai sekarang saya cuba jadi pemimpin yang baik.
Sebab saya tahu,
Awak inginkan imam yang baik untuk awak.
AWAK
Saya tak sempurna.
Sebab tu saya nak kahwin dengan awak.
Sebab saya nak awak lengkapkan saya.
Awak berdiri di belakang saya.
Awak setia di sisi saya setiap kali saya perlukan.
Awak sokong saya ketika saya lemah.
Awak senyum pada saya setiap kali saya jatuh.
Sebab awak.
BIDADARI SAYA
No comments:
Post a Comment