layout

Wednesday, December 15, 2010

Saat Kematian Yang Pasti Menjenguk Kita Semua

Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang....mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu di bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita
perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....

Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu?

Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....akutidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu
suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetiklagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.

Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak?
Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.
Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."

Ayah.......kau datang ayah.......
"Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu di
ajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu.
Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang.
"Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang.

>"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.

Roh ku berselerak di dalam tubuhku.
Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....


Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk kehidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.
"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah
apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat
nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku
rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan
segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk
bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!

Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu.....malu.....malu......!!!!!!".

>Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Laludiletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah>badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatusudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.

Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar
aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku', sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di
>dalam kotak kayu. Kotak apa ini? "Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku di usung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,kak long,kak ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun
jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz denganjasadku. Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam
liang sedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam
barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,
>syurga dan neraka itu juga benar........".

>Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lamamakin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur
dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

1 comment: