Namaku ...(biarlah rahsia).Aku adalah merupakan seorang
insan yang sedang meningkat remaja .Aku bakal menghadapi
pelbagai rintangan dan dugaan dalam kehidupanku di dunia
ini.Aku berasa sungguh takut,gentar, resah, dan...sumenyelah.huhu,, aku takut andai
kata suatu saat nanti aku akan kecundang,binasa dan hanyut ditelan arus kemaksiatan.
Aku juga bimbang andai kata aku menjadi mangsa si
binatang yang bertopengkan manusia
semata-mata,yang tidak punyai sedikit pun rasa belas
kasihan.
Lagi pula,zaman pada masa kini terlalu banyak
pancarobanya.Kekejaman,penindasan,
penipuan,maksiat,hiburan serta jenayah semakin berleluasa dan merebak ke seluruh
pelosok dunia.
Kini,,
Semakin hari,aku semakin membesar.Seiring dengan itu
juga,dosaku kian bertambah..tidak terhitung olehku ini.
Seringkali aku merintih di dalam hati.Ya ALLAH,aku
takut!Aku takut untuk hidup di dunia ini!!Kenapa aku mesti
dilahirkan ke dunia jikalau untuk melakukan dosa??!
Dan kenapa engkau benarkan aku lahir ke dunia juga
sedangkan engkau mengetahui bahawa
aku akan mengingkari perintah-Mu.??!Mengapa Ya
ALLAH??
Ya ALLAH,aku telah melakukan banyak dosa kepada-Mu.Aku
seringkali terleka dengan kehidupan di dunia yang penuh
dengan penipuan ini.
Aku juga seringkali menurut kata hawa nafsu ku..
Ampunilah daku Ya ALLAH,aku tahu aku tidak layak untuk
mendapat pengampunan daripada-Mu,tetapi Ya ALLAH,aku
tidak mahu dan tidak sanggup sama sekali untuk menerima
azab seksaan api neraka-Mu.Oleh itu Ya ALLAH, ampunilah
daku..sesungguhnya engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang....
Ya ALLAH,aku adalah hambamu yang sangat hina,mungkin
yang paling hina di dunia ini.
Imanku tidaklah pula sekuat mana,Ya ALLAH.
Ya ALLAH,meskipun aku merupakan makhluk ciptaanmu yang paling hina,aku bermohon kepadamu Ya ALLAH,agar
engkau berikanlah petunjuk dan hidayah kepadaku.
Ya ALLAH,
bimbinglah aku ke jalan yang benar dan tetapkanlah aku
padanya.
Aku meniti hari demi hari dengan penuh rasa debaran.
Aku melangkah dengan penuh
berhati-hati,khuatir ku kan tersilap langkah lalu tersandung
di tengah jalan.
Dalam hatiku berdoa agar aku sentiasa bersama-Nya,dan
hidupku juga diberkati-Nya.
Amin.^_______________^
p/s: jngn trgopoh-gapah dlm hdup ini.
sentiasa brwaspada agar tidak terpedaya
dengan hasutan laknatullah.
nauzubillah....
No comments:
Post a Comment