Diriwayatkan bahawa, apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya kepada Allah mengenai sahabat-sahabat mereka, "Ya Rabb, kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." Maka Allah berfirman, "Pergilah kamu ke neraka lalu keluarkanlah sahabat-sahabat kamu yang dihatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (HR Ibnul Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)
Hasan Al-Basri juga pernah berkata, "Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari akhirat nanti."
Ibnu Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, "Jika kalian tidak menemukan aku di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanyakan kepada Allah tentangku."
Moga selama persahabatan ini, aku pernah mengingatkan kamu kepada Allah. Sahabat-sahabatku, jangan lupa bertanya tentangku nanti, jika aku tiada di syurga
No comments:
Post a Comment