"Ilmu itu cahaya, ia xkan masuk dalam hati yg kotor (penuh maksiat)"
Masa mula-mula saya masuk UITM dulu,
Saya tak pernah tahu pun pasal tarbiyah.
Tudung saya atas dada.
Ikhtilat tak berapa nak jaga.
Perasaan cinta pada Allah dan Islam tu kurang ada.
Bila masuk UITM, saya terduduk sebelah perempuan yang tinggi.
Tudungnya labuh sekali.
Dia biasa-2 saja tapi saya senang melihat dia.
Masa orientasi, saya perhatikan cara dia sahaja.
Memang dia bertudung labuh macam orang lain yang saya nampak. Tapi saya dapat rasa dia sangat lain.
Jujurnya apa yang saya nampak, selama ni orang yang bertudung labuh akan berdakwah dengan percakapan, berdakwah dengan nasihat, dan .... Macam biasa, saya dah kalis dengan semua tu.
Tapi bila lihat dia ni, tanpa sebut apa apa pun saya dah tertarik dengan dia.
Masa taklimat, kalau ada lelaki yang berceramah, dia tak akan tengok lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi. Tapi dia dengar.
Lepas tu, kalau dalam orientasi , masa bersenam, dia bersenam sekali. Bila tiba part tonggek-2, dia akan berdiri tegak tak ikut sekali.
Dia tak pilih kasih. Dia kawan je dengan semua orang. Orang freehair pun senang dengan dia.
Dah seminggu saya perhatikan dia, tibalah waktu kelas. Ditakdirkan saya dapat duduk belakang dia. Saya tanya dia, 'Nama siapa?'
'Syaza'
Saya tanya lagi sebab muka dia nampak matang dan memang tinggi. 'Umur?'
'20 tahun'. Masa tu saya 18 tahun. Sebelum ni dia belajar kat Sunway College. Tapi tak boleh bawa.
Dia berhenti dan masuk UITM. Sebab tu dia tua sikit. Sejak dari tu saya panggil dia Kak Syaza.
Dia sangat humble masa dah start P&P. Takde pun nampak pandai ke apa. Tapi Ya Allah, setiap kali lepas habis belajar, mesti dia akan jumpa lecturer dan tanya soalan yang tak terlintas di fikiran saya.
Dari cara dia memang dah dapat agak, cara dia fikir tak sama macam cara kebanyakan orang fikir.
Lepas tu, buatlah quiz , test, and everything. Dia selalu score 100%. Paling rendah markah yang dia pernah dapat 96%. Tak pernah lagi rendah dari yang itu.
Sampai saya jeles lah dengan dia.
Saya tanya housemate dia, apa yang dia buat sampai boleh jadi begitu pandai?
Housemate dia cakap, dia biasa je. Cuma solat tak pernah tinggal. Lepas subuh dia tak akan tidur.
Dan paling menarik masa dia tak boleh solat, dia akan bentang kain batik ikut arah kiblat dan berzikir seolah-olah dia boleh solat.
Saya tanya, ' Hah! Kenapa pelik sangat?'
Housemate dia cakap dia memang macam tu.
Hati tu saya ada tanya dia sendiri kenapa buat camtu. Dia cakap, supaya nanti dah kahwin dan ada anak, anak dia akan tengok yang hubungan dengan Allah takkan putus walaupun Tak Boleh Solat.
Tegak bulu roma saya bila dengar.
Sumpah, tak pernah saya lihat orang luar biasa macam ni. Biasa tapi luar biasa.
Sampai lah satu hari saya terbuka hati nak bertanya lagi. 'Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?'
Dia pandang saya dan tersenyum. Dia tanya saya balik, 'Awak rasa kenapa?' Dari cara dia tanya, saya tahu. Dia bukan menyindir.
Biasanya kalau saya tanya orang bertudung labuh yang lain, mesti diorang bagi dalil panjang berjela kalah lori treler. Tapi dia tak. 'Err. Sebab akak alim?'
'Bagi awak, alim tu macamana?' Dia sedikit ketawa. Lucu tengok saya.
Bila dia soal saya balik, huhu . Mana lah saya tau! Tergaru garu kepala nak cari jawapan ntah kat mana.
'Err. Alim tu macam akak lah. Pakai tudung labuh. Kuat ingat Allah.'
Lepas tu, dia ketawa sambil geleng.
'Akak tak alim. Akak masih jahil. Akak pakai macam ni sebab akak orang Islam macam awak.' Automatik saya rasa malu dan pegang tudung sendiri.
Dia sambung lagi, 'Kita sembah Tuhan Yang Sama kan?' Saya angguk.
'Awak tanya lah hati.'
Saya terfikir apa yang dia kata. Malangnya saya Tak boleh fikir. Argghhh !
Senang cerita, dia memang role model lah.
Bijak, suka cari peluang, mudah didekati sesiapa saja. Cara dia yang serba boleh itulah buat saya sentiasa berbual dengan dia dan berdamping dengan dia. Alhamdulillah, masuk sem 2, saya serumah dengan dia. Cara hidup dia saya nampak depan mata.
Hahahahahaha. Memang ! Dia biasa jaaa.
Paling lawak, dia suka mengigau.
Tapi apa yang dia mengigau tu lucu dan mengkagumkan.
'Jazakillah ukhti.. Ok-2. Esok Syaza datang.'
'Ya Allah, aku futur!'
'Asbahna Muqminan haqqan!'
Ni lah ayat power masa dia mengigau.
Fuh. Ini lah yang buat saya kagum. Masa tidur pun terus 'Islamik'.
Yelah, katil double decker. Katil saya bawah dia. Dengar jelas sangat apa yang dia igaukan. Selalu saya tengok dia solat tepat pada waktu, selalu baca quran, zikir atas kain batik masa tak boleh solat dan... Tak ada sesuatu yang luar biasa dari itu melainkan Allah takdirkan saya terbaca diari dia.
Diari tu..penuh keluh kesah yang dia tak pernah cerita.
Saya menangis baca. Insan gagah macam dia rupannya lagi banyak problem dari saya. Tak ada satu catatat pun yang dia TAK akhiri dengan 'Sungguh Allah itu maha memudahkan kesulitan'. Aku berserah.'
Di tengah diari tu saya terbaca jugak '1000 impian sebelum ajalku tiba'
Tercatatlah kat situ segala amalan yang dia nak buat. Termasuk tak tinggal zikir waktu tak boleh solat. Yang simple pun dia tulis.
Contoh macam Tak mungkir janji.
Satu Hari 100 Alhamdulillah.
Husnuzhon meskipun pada seorang Cikaro.
Macam-2! Rupa rupanya kekuatan dia,
ALLAH &
INGAT MATI.
Saya dengan rela hati cakap, nak masuk dunia tarbiyah. Dia terus belikan saya tudung bidang 48 dan sepasang Handsock. Saya pakai dan saya suka. Alhamdulillah. Usrah dia memang best. Ada game sirah, ada part Tajwid, tazkirah yang sangat ohsem. Hati saya terpaut dengan usrah dan tak mau tinggal dah !
Alhamdulillah, pointer saya makin tinggi biarpun sibuk dengan usrah.
Akhirnya.. Masa nak final exam hari tu. Saya nampak mata dia bengkak. Dia tak tidur malam sampai lah hari nak exam. Bila ditanya, dia tak jawab.
Dia masuk dewan macam biasa tup tup keluar awal.
Paper seterusnya pun macam tu.
Dah habis semua exam, saya tanya dia sebab nampak dia tergesa-gesa. 'Akak nak pergi mana? Kenapa mata bengkak sangat ni?'
'Ayah akak meninggal dua hari lepas. Akak kena balik. Doakan akak tau.'
Dia peluk saya lama.
Itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia. Saya sebak sangat sebab masa ayah dia meninggal tu, exam kami berderet. Memang padat. Tapi tetap gagah. Dia tak balik. Dia stay kat kolej.
Dah habis exam, semua pun kemas barang balik kampung masing-2. Itulah kali terakhir jumpa. Lost contact. No dia dah tukar. FB tak guna dah. Saya benar benar lost contact dengan dia!
Sedih. Saya ingat lagi pesanan dia bila saya tanya dia, 'Akak, macamana nak lekat dengan ilmu? Saya baca banyak kali nota saya. Tiap kali lepas kelas kot. Tapi tetap tak masuk. Saya tengok akak relax je tapi markah tetap high high sehigh awan nano!'
Dia cakap,'Ilmu tu cahaya. Cahaya tak akan pergi pada benda yang kotor. Gelap. Cuba awak fikir balik, ada tak apa yang awak dah buat sampai ilmu tak mahu lekat dengan awak?'
Saya fikir. Banyak banyak banyak kali.
Ya.. Memang ada.
Saya suka berjimba dengan kawan.
Saya masih ada crush.
Saya suka mengumpat, gosip.
Saya menyampah dengan doktor bila bila dia masuk kelas lambat.
Terus sejak tu saya muhasabah. Saya jaga hati dari buat maksiat. Jaga diri dari buat dosa. Walaupun yang kecil kecil. Alhamdulillah, sampai sekarang takyah struggle sangat dalam study, mudah je ilmu tu masuk dan lekat. Mudah sangat nak faham pelajaran.
Last but not least, ayat Kak Syaza yang sangat saya tak boleh lupa,
' Apa-2 yang disandarkan pada Allah, urusan lainnya juga pasti akan Allah mudahkan sama tanpa perlu awak work hard. Ingat tau. Allah.