layout

Saturday, July 27, 2013

sajak untukmu SAHABAT

Alangkah indahnya..... 
Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwwah 
Mengisi setiap nafas yang terhembus dengan mengingatiNya... 


Alangkah indahnya... 
Jika kata-katamu mengingatkan aku 
Kata-kataku mangingatkanmu 
Lalu jadilah kita umpama batu-bata 
saling memerlukan untuk membina 
bangunan yang kukuh 


Tapi... 
Betul juga kata sahabat... 
Iman itu bukan angan-angan 
Tetapi perlu dibuktikan dengan amalan... 


Sahabatku 
Hati ini sedih 
Masih tidak mampu memberi rasa hati 
Mungkin kerana hati ini keras 
Mungkin kerana hati ini gelap
Mungkin kerana hati ini terhijab 
Dan amat sedih jika hati ini mati 
Maafkanlah kelemahan diri ini........ 


Sahabatku 
Hati yang keras ini masih perlu di gilap 
Perlu banyak dididik 
Untuk menyentuh hati 
Untuk menjernihkan hati 
Untuk menghidupkan hati 
Semoga Allah membuka jalan dan 
mempermudahkan perjalanan ini 
Meredhai setiap langkah yang terhayun 
Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku.... 


Sahabatku 
Jika hari ini aku terlalu gembira 
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah... 
Jika ku bersedih tanpa kata 
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta 
Jika ku lemah tak berdaya 
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga... 
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan 
Ajaklah aku meleraikannya segera 
Jika pernah hatimu terluka 
Luahkanlah agar aku berubah.. 
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga 
Iringilah lenaku dengan kalungan doa... 
Berjanjilah sahabatku 
Ukhuwah kita untuk selamanya....