layout

Saturday, October 10, 2015

saya yang salah

"saya yang salah"

pada suatu hari, baginda Nabi SAW pulang kerumah. dan mengetuk pintu memanggil saiyidina Aisyah r.a. dan ketika itu saiyidina Aisyah r.a tidak mendengar akan panggilan baginda Nabiy. sehingga la ketukan yang ketiga, dan baginda Nabiy behenti lalu tidur di luar rumah.

keesokkan paginya. saiyidina Aisyah r.a mmbuka pintu dilihatnya suami kesayangan tidur diluar lalu terus dia mengatakan maaf pd baginda Nabiy.

"saya yang salah, kerana tidak membuka pintu, maafkan saya" -saiyidina Aisyah r.a.

"saya yang salah, kerana pulang lewat. saya yang salah, maafkan saya" - baginda Nabiy SAW.

"saya yang salah"

hebatkan akhlak baginda Nabiy?
subhanAllah.....
walaupun dia manusia yang maksum dan dijamin syurga baginya..
tapi, masih hmble dan salahkan dirinya.

kita?
maksum pon xde.
dijamin syurga pon tidak.

ayuh, muhasabah diri.
dan kata...
"saya yang salah"
"maafkan saya"

#kita mampu!
#sm.2015

Catatan Haid


Penting.
untuk kita para muslimah....

harap hafal...

bacaan jadual tu begini....
ehem2...

sebanyak2 haid adalah 15 hari 15 malam.
sebanyak2 suci adalah tiada had.
sebanyak2 nifas 60 hari 60 malam..

begitu la turutannya..

kalau sesapa nak tambah silakan..
nak perbetulkan lgi saya suka...

rujukan: kitab sabila muhtadi

ps: jangan malu. ini ilmu

Sunday, July 19, 2015

Engkau pasti akan dilamar



suatu hari nanti.
engkau pasti akan dilamar.

tetapi.....

ketika itu, 
berwajah gembira.
memakai baju serba cantik.
senyum melihat saudara mara.
wali menjadi tok kadi.
"sah" 
dalam tangisan kegembiraan.
disarungkan cincin yang indah.
menjadi makmum kepada imam
yang soleh.

atau.

engkau tetap cantik.
dipakai pakaian serba putih.
ditutupi hidung dengan kapas.
tangisan ibu bpa,saudara mara, sahabat handai.
tika itu. hanya mereka mampu melihatmu.
engkau.
engkau terdampar sepi.
menunggu untuk dijadikan makmum.
makmum didepan. imam dibelakang.
Allah. 
mati.
mati sudahkah aku?

suatu hari nanti.
engkau pasti dilamar.

Friday, May 1, 2015

kami akhwat gentle !

SENTAP BACA NI...
Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan
a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap
pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya
masih remaja.

Nasihat beliau buat semua Muslimat:-
"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang
sudah hilang semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan
Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca
kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi
sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah
cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak
meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-
gedik bila lelaki cuit.
Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan
facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum
Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat,
kental dan tabah!
Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta
kerana Allah, lelaki soleh untnk perempuan
solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan
benda-benda leleh yg lain...
"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"
Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah,
bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;
Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...
Ngurat sikit, dah sangkut....
Ajak couple sikit, terus setuju...
Lepas tu, putus cinta,meleleh2...
Ada masalah sikit, doa nak mati..
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status
cakap tak pernah bahagia...
Exam failed, kata taknak hidup lagi...
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan
kata-kata rindu...
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam
haram...
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg
ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman
Baginda SAW?
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah,
Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah,
Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis,
Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian.
Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana
hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan
akhlak mereka?
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian
bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk
bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya
jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan
jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan
murahan, jangan kapel free2 macam bohsia,
jangan dok bermanja dengan lelaki macam
perempuan tiada harga...
Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama
qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah
sebagai isteri, maka separuh agamanya telah
sempurna...
Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya
separuh dari agama?

note: "Ada mata dan telinga kan semua?"
# Ya Allah,jadikan lah aku seorang muslimah
seperti mawar agama yang tidak mudah disentuh.Bunga idaman agama!yang
memperjuangkan kebenaran agamaku.Aku mahu
kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan
aku wanita solehah, wanita mukminah~InsyaAllah.


Kerana sekeping Gambar, tergadai Prinsip Sayyidah Fatimah.

Tidak mahu dilihat lelaki ajnabi dan tidak mahu melihat lelaki ajnabi. Kerana pandangan yang diutamakan adalah Pandangan Pencipta bukan pandangan Manusia.

Kata Habib Ali Al Jufri " Adakah layak bagi seorang lelaki yg meredhai dirinya untuk mempamerkan isterinya dihadapan kaum lelaki untuk melihat kecantikan isterinya? Kita sudah terbiasakan untuk mengangkat diri kita untuk berbangga-bangga dengan kelebihan yang ada..

Kata Habib Omar ben Hafidz " Sesungguhnya hal yang memalukan dan aib bagi muslimah dan mu’minah untuk tidak memperdulikan siroh (sejarah) Sayyidah Fatimah az-Zahra, akhlak dan adat kebiasaan beliau! Sedangkan kita mencontoh lainnya! Terutama untuk dzurriyat Rasulullah SAW. Bahkan melupakan siroh, akhlak, tata cara mu’amalah, dan amal perbuatan beliau lalu mengikuti para pelacur dan kaum kafir.. ! Apakah kalian tidak ingin berada di belakang beliau, lewat di Shiroth bersama beliau dan mengikuti beliau ?! Kalian telah menukar siti Fatimah dengan lainnya. Ketika Rasulullah SAW bertanya, Apa yang terbaik bagi wanita? Sayyidah Fatimah menjawab, Yang paling baik bagi wanita adalah tidak melihat dan tidak dilihat oleh laki-laki. Kemudian Rasulullah ﷺ mencium kening Sayyidah Fatimah dan berdoa, Semoga Allah ﷻ memberkati anak keturunannya."

Kata Syeikh Nuruddin Al Banjari " Keadaan seorang perempuan yang paling dekat dengan keredhaan Allah Taala adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki. Jikalau seseorang perempuan itu berkenan untuk melamar lelaki yang diminatinya itu maka dia boleh lah menggunakan pendekatan yang lebih baik seperti memberitahu kepada orang lain untuk menyatakan hajatnya kepada lelaki yang diminatinya bukannya memperagakan kecantikannya mundar mundir ke sana dan ke sini baik secara langsung ataupun tidak dengan memasukkan di dalam facebook dan seumpamanya sehingga menjadi tontonan lelaki ajnabi. Ketahuilah harga diri perempuan itu lebih mahal daripada berlian.Jikalau berlian pun dijaga dan disimpan dengan rapi bagaimana pula dengan harga diri seorang perempuan. "

Kata Syeikh Yusri Rusydi Jabir " Selain menutup aurat, kewajiban laki-laki muslim dan wanita muslimah adalah menjaga pandangan mata. Laki-laki tidak boleh memandang wanita yang bukan muhrimnya. Demikian juga wanita tidak boleh memandang laki-laki yang bukan halalnya. Dalam hal ini, aurat laki-laki dan perempuan adalah sama saja, yaitu seluruh tubuhnya "

Syeikh Feras Salou " Bila seseorang wanita memakai pakaian yang menunjuk bentuk badannya maka ianya jelas haram. Wanita yang pakai Bahu berlengan tangan yang pendek, maka ianya juga telah melakukan dosa yg besar, diantara dosa terbesar adalah bila dia pakai tudung, tapi dia tunjuk sebahagain rambutnya, walaupun satu helai rambut ia termasuk dosa yang berat. Juga mencantikkan wajahnya dihadapan lelaki yang bukan suaminya dan memakai wangian yang membuatkan orang ramai tertarik baunya. "

Kata Ustaz Mustafa Kamal "Tidak dikenali itu sebenarnya lebih baik daripada dikenali.Tidak dikenali lebih dekat dengan ikhlas dan dikenali lebih mudah membawa lupa diri"

Kata Ustaz Iqbal Zain " Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri. Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya. Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia. "
Kata Buya Yahya " Saat ini, di zaman ini! Adakah sifat mulia sayyidah Fatimah terbenak pada wanita yang berada di rumah kita? Atau di rumah kita ada orang yang mengaku mencintai Rasulullah akan tetapi di saat ini, ketika masih hidup pun tidak merasa malu jika lekuk-lekuk tubuhnya di saksikan dikhalayak ramai? Atau mereka bangga jika lekuk lekuk tubuhnya telah menjadi bahan pameran? Jangan sampai ada yang berkata " yang penting hati bersih, Hati Sayyidah Fatimah sungguh jauh dan jauh lebih bersih dari hati wania-wanita zaman ini. Kerana kebersihan hatinya lah maka Sayyidah Fatimah sangat pemalu dan senatiasa menjaga auratnya. "


Thursday, April 30, 2015

Nah~

Nak kasi tengok gambar je ni.

nah~


Mengagumi.

"Kak muti'ah, mari la singgoh umoh oghe dlu nanti"

"Kak muti'ah, mari la poso umoh oghe nanti deh"

Begitulah ayat yang diulang2...


Sampai saya pulak yang jadi segan nak pergi rumah dia...

Dia tinggal dikawasan pondok.
Rumah pondok.
Kalian tahu jelah.
Kecil sangat.

Tapi.....
Dirumah kecil tulah,
Umi dan ayahnya membesarkan
10 org anak.
Dirumah kecil tulah,
Ayahnya mengajar anak2nya mengaji sorang2.
Dirumah kecil tulah...
Adk2 kecilnya bermain, berlari..
Dirumah kecil itulah mereka adk beradik tido bersama2. Makan bersama.

Allahu....
Apa yang saya nak highlighkan...
Rumah yang kecil penuh barokah...

Dia sedikit pon tidak malu nak ajak sesiapa pon ziarah rumahnya...

Nak kata dia sangat2 bersyukur...

Dan sangat suka tetamu datang rumah...

Tetamu datang bersama rahmat katanya.. kiki emoticon

Mereka membesar dengan hidup yang sederhana.
Di didik dgn cara pentarbiyah pondok. Sangat2 beruntung :')

Notanoti: haihhh... baru pisah kejap dengan mereka, saya dah rindu